Setiap syarikat pasti ada target, namun segala target yang melibatkan prestasi pekerja sepatutnya dipersetujui oleh mereka.
Sebuah tweet yang dikongsikan kepada influencer Twitter @doqtahu menceritakan pengalamannya bekerja dengan pasangan suami isteri yang terkenal namun gaji mereka dipotong sebanyak 35% dengan alasan sales target tidak dicapai.
https://twitter.com/doqtahu/status/1627678502974799873?s=20
“Walhal company sales meletup last year. So I nak tahu kalau benda ni illegal atau tidak and boleh report tak kepada pejabat buruh,” tulisnya.
Pengadu yang anonymous itu meluahkan rasa kecewanya dan meminta pendapat warga Twitter berkenaan apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang terkesan dengan pemotongan gaji tanpa rela itu.
Difahamkan, pengadu itu memberitahu tiada sebarang black and white atau perjanjian yang dilakukan berhubung target mereka itu.
“Dapatkan wakil undang-undang”
Walaupun ramai yang lebih ingin tahu siapakan pasangan suami isteri itu namun ada juga beberapa orang netizen yang berkongsi perkara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan keadilan terhadap pengadu serta rakan sekerjanya.
Tidak kurang juga, terdapat beberapa netizen lain yang berkongsi ia sememangnya sesuatu yang tidak boleh dilakukan melainkan ia mendapat persetujuan daripada dua-dua belah pihak, malah ada juga yang berkongsikan pengalaman yang hampir sama dengan pengadu.
Hmm, tak baiknya buat pekerja macam tu…
Baca: “Biar betul!” – Netizen Terkejut Restoran Tawar Gaji RM3,000 Kerja Cuci Pinggan