Siapa yang tak bengang kalau dah keluarkan wang sebanyak RM5,000 untuk beli sesuatu barang, tapi barang itu tak seperti yang diharapkan?
Inilah yang berlaku dalam satu video viral di laman X (Twitter) apabila sekeluarga dilihat telah menyerbu sebuah premis perabot di Selayang, Selangor apabila mendapati mereka telah ditipu.
Menerusi video berkenaan, difahamkan keluarga tersebut bengang apabila mereka telah membeli sebuah perabot bernilai RM5,000 tetapi apa yang mereka terima adalah barangan ‘display’ dengan kondisi yang tidak memuaskan.
“Jangan tipu, kalau bisnes mesti mau betul”
Salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan dilihat naik angin dan hampir menumbuk pemilik kedai itu kerana tidak dapat menahan marah.
You jangan tipu, kalau bisnes mesti betul, betul tak?” kata lelaki itu.
Kedengaran juga suara seorang wanita mendakwa situasi ini berlaku kerana kecuaian pembeli tidak menyatakan bahawa mereka mahukan barangan baru dan bukan barangan contoh (display) ketika membuat pembayaran.
Boleh tengok video penuh di sini.
Video yang berdurasi 18 saat ini telah menerima pelbagai komen netizen yang mana rata-rata berkongsi pengalaman yang serupa pernah dihadapi mereka dan ada yang mengecam tindakan pemilik kedai yang tidak jujur ketika berniaga.
Pun begitu, sehingga setakat ini tidak diketahui apakah kesudahan kes tersebut dan tidak dapat dipastikan sama ada pembeli yang tertipu sudah membuat laporan polis berkenaan hal tersebut atau tidak.
Baca: Wanita Dakwa Tertipu Lepas Terbeli Kasut Dari Butik Chermas & Kaeth Di China