in

“I’m crying…”- Yang Di-Pertuan Agong Sanggup Turun Dari Singgahsana Untuk Anugerahkan Pingat Kepada Penerima Bertongkat

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini banyak kita dengar kisah keprihatinan dan betapa berjiwa rakyatnya Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hinggakan nama baginda sentiasa disebut-sebut sebagai Raja berjiwa rakyat.


Terbaru lensa kamera sekali lagi berjaya merakamkan sisi mulia baginda tuanku sewaktu Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam.

 

“Allahu…YDPA sanggup berjalan turun untuk kurniakan pingat dan kebesaran”

Dalam video tersebut jelas menunjukkan yang baginda sanggup berjalan turun selepas melihat penerima darjah iaitu YBhg. Datuk Dr Abd Latif B. Mohmod yang dikurniakan Panglima Jasa Negara (P.J.N) kelihatan bertongkat.

Malah dapat dilihat gerak tangan baginda yang meminta Datuk Dr Abd Latif untuk tidak bergerak ke arahnya.

Baginda kemudiannya kembali ke kedudukan asal sebelum menyambung istiadat pengurniaan darjah kebesaran.

6 1

2 6

5 1
Sumber: twitter

 

“Inilah contoh teladan yang murni seorang raja berjiwa besar dan merupakan sultan sebenar untuk rakyat…”

Rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan bangga dengan keperibadian YDPA yang jelas menunjukkan rasa kasihnya kepada rakyat jelata.

7 1

8 1
Sumber: twitter

 

Daulat tuanku!

Baca : Aku excited tengok live merdeka tahun ni, sebab ada Agong & Permaisuri Gelagat Melucukan Pasangan Diraja Curi Hati Netizen

Makan

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.