Sebelum ini kerajaan mengatakan bermula 11 Mac ini, mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP), akan dikenakan kompaun sebanyak sehingga RM10,000.
Perkara ini diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Ekoran ini, ramai rakyat yang mengeluh dengan jumlah kompaun yang bakal dikenakan apa lagi masa ekonomi tengah tak stabil.
Pun begitu, Takiyuddin Hassan mengatakan dalam sidang media yang kompaun tersebut tidak tetap pada RM10,000, lapor FMT.
Sebenarnya saman ini bermula dari RM100 hingga RM10,000 bergantung kepada berat kesalahan yang dibuat.
Pihak berkuasa akan menggunakan budi bicara dan akan diberikan garis panduan.”
Walaupun perkara ini tak disebut dalam Ordinan Darurat, Takiyuddin mengatakan denda RM10,000 untuk individu dan RM50,000 untuk syarikat adalah untuk kes-kes besar seperti kelab malam.
Kelab malam tak dibenarkan buka semasa tempoh perintah kawalan pergerakan tapi jika ada yang buka juga dan orang pergi ke kelab malam, maka ini adalah kesalahan yang berat. Kesalahan seperti ini yang akan dapat denda yang lebih banyak.”
Katanya lagi, akta tersebut mengatakan denda tidak melebihi RM10,000 dan denda paling tinggi adalah sebagai usaha untuk menghalang orang dari melanggar SOP bagi memerangi wabak pandemik.
Tambahnya lagi, pengisytiharan darurat adalah perlu untuk buat undang-undang yang boleh digubal dan diluluskan oleh Agong dalam masa beberapa hari bagi mengekang penyebaran Covid-19, berbanding luluskan di parlimen yang akan mengambil masa lebih lama.
Takiyuddin juga turut memberitahu yang seramai 4,000 pegawai dari majlis tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya telah diberikan kuasa untuk menguatkuasakan SOP Covid-19 bagi membantu pihak polis, tentera dan Rela.
Mereka akan gunakan budi bicara untuk menasihat orang ramai daripada terus memberikan kompaun jika kesalahan tak terlalu berat.”
Baca: Individu Langgar SOP Akan Dikompaun Sehingga RM10,000 Mulai 11 Mac