Pusat perabot dan kelengkapan rumah terkenal, IKEA Damansara akan menutup operasinya buat sementara mulai hari ini. Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan IKEA sendiri selepas seorang pekerja separuh masanya suspek positif Covid-19.
Dalam pada itu, pihak pengurusan IKEA Damansara telah mendapat maklumat berkenaan pada 6 November lalu dimana seorang pekerja separuh masa mereka suspek dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani rawatan. Kali terakhir pekerja berkenaan bertugas adalah pada 30 Oktober 2020.
Penutupan sementara pusat beli-belah berkuatkuasa hari ini bagi memberi ruang untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan dilakukan. IKEA Damansara akan kembali beroperasi seperti biasa mulai hari Ahad 8 November 2020.
Baca: 7 Pekerja Positif, Tesco Extra Mutiara Damansar Ditutup Sementara Mulai Hari Ini