Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Seorang wanita yang mendakwa menjumpai tubuh anak tirinya tidak sedarkan diri akibat terjatuh di dalam bilik air rupa-rupanya telah mendera kanak-kanak tersebut sehingga mati.
Dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Julai lalu, suspek telah membawa mangsa ke Hospital Limbang, Sarawak setelah mangsa didakwa cedera terjatuh di bilik air ketika sedang bermain, lapor Harian Metro.
Kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.10 petang oleh ibu tirinya selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen bersendirian.
Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dibiarkan mandi sementara ibu tirinya berada di dapur untuk memadamkan api dapur. Walau bagaimanapun, ketika tiba di hospital, pasukan perubatan segera membuat pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia.
Lebih mengejutkan, pasukan perubatan juga telah menjumpai kesan lebam pada dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung kanak-kanak tersebut.
Kecederaan yang dialami kanak-kanak itu membuatkan bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut curiga dengan laporan polis yang dibuat ibu tirinya sebelum itu. Mereka seterusnya meminta siasatan lanjut dijalankan untuk memeriksa jikalau ada unsur penderaan atau tidak terhadap anak mereka. Habislaa dah kantoi menipu!
Susulan dari penemuan itu, wanita berkenaan ditahan di kediamannya di Kampung Terimah Lubai pada jam 7.10 malam semalam.
Dakwaan kanak-kanak tersebut didera ibu tirinya terbukti benar apabila laporan bedah siasat pagi ini mendedahkan bahawa kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat asphyxiation ataupun lemas disebabkan ditekup mulut dan hidungnya, lapor NST.
Kes yang pada awalnya yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini diubah kepada kes bunuh. Menurut pihak polis, wanita tersebut akan terus direman dan disoal lebih lanjut mengenai situasi yang menyebabkan kematian anak tirinya itu.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan. Takziah…
Baca: Bapa Tiri Dera Anak Hingga Mati Namun Menipu Untuk Tutup Kesalahan