in

Ibu Termuda Dalam Sejarah, Lina Medina Lahirkan Anak Ketika Baru Berusia 5 Tahun

collage 50

Korang mesti biasa dengar tentang remaja belasan tahun yang mengandung kan? Macam zaman dulu pun usia 12 tahun dah ada anak. Tapi, korang pernah tak dengar tentang kanak-kanak yang baru berusia lima tahun, tapi dah mengandung?

Pada musim bunga 1939, satu keluarga dari kampung terpencil di Peru telah membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana mengesyaki dalam perut anaknya ada tumor selepas perut anak perempuannya ini membesar dalam masa beberapa bulan.

lina medina with dog
Sumber: ati

Ketika diperiksa, keluarga ni terkejut bila dorang dapat tahu yang budak perempuan ini, Lina Medina dah mengandung tujuh bulan! Enam minggu kemudian, dia menjadi perempuan termuda yang diketahui telah melahirkan anak. Korang tengok je lah gambar kat atas tu, macam adik beradik je.

Ketika ini, kes Lina Medina telah mengejutkan ramai pakar kanak-kanak dan ia telah menjadi subjek spekulasi hingga kini.

Mana taknya, kalau korang nak tahu, sampai sekarang Lina tak pernah dedahkan siapa bapa bayi tersebut dan hingga ke hari ini, Lina dan keluarganya telah elak publisiti dari dunia luar.

Akil baligh lebih awal dari kebiasaan

lina medina with doctor 768x512 1

Walaupun keadaan Lina Medina ini mengejutkan semua orang yang membuat kajian tentang kes ini, tapi bagi ahli endokrinologi kanak-kanak ia bukanlah satu perkara yang mustahil.

Ini kerana 1 dari 10,000 kanak-kanak mengalami kondisi yang dikenali sebagai “precocious puberty”, di mana badan kanak-kanak akan melalui tempoh matang sebelum usia lapan tahun. Sebab dorang develop awal? Mungkin disebabkan dorang terangsang dengan sentuhan seksual pada usia yang muda.

Selepas dikaji, pengkaji percaya yang Lina mungkin dah mendapat haid ketika dia berusia seawal lapan bulan, tapi ada juga laporan lain mengatakan Lina mendapat haid bermula usia tiga tahun. Awalnyaaa

Pemeriksaan terhadap Lina menunjukkan yang payudaranya dah pun terbentuk, punggung lebih besar dari kanak-kanak normal yang lain dan tumbesaran tulang yang cepat hinggakan, semasa Lina mengandung ketika hari jadinya yang ke-5, badannya dah pun terbentuk seperti wanita kecil yang matang.

Mengandung ketika usia 5 tahun

lina medina in bed
Sumber: ati

Precocious puberty merupakan penjelasan yang munasabah kenapa Lina boleh mengandung, tapi kalau pun betul Lina dah dapat haid ketika dia berusia 3 tahun, ia masih tak cukup untuk buatkan dia mengandung di usia 5 tahun.

Yelah, mana boleh orang mengandung tanpa bantuan “orang” lain kan? So, mestilah ada orang yang buatkan Lina ni mengandung tapi orang tu mungkin bukanlah lelaki yang sama usia dengan dia. Lepastu siapa?

Yang peliknya, Lina tak pernah beritahu doktor atau pihak berkuasa siapa bapa kepada bayinya walaupun bapa Lina pernah ditahan kerana disuspek merogol anak sendiri.

Tapi dia kemudiannya dilepaskan selepas lelaki ini betul-betul menyangkal yang dia pernah melakukan seks ke atas anaknya dan pihak polis pun tak ada bukti atau saksi untuk sokong dakwaan mereka.

Urusan peribadi

Apabila berita tentang Lina Medina ini mendapat perhatian ramai, ia menjadi kes sensasi di seluruh dunia. Namun, walaupun Lina dan keluarganya ditawarkan bayaran oleh media dalam dan luar negara, mereka tetap mahu jadikan perkara ini urusan keluarga saja.

Hingga ke hari ini, tak ada sorang pun yang pernah tampil ke hadapan untuk bicarakan tentang Lina Medina termasuk tuan punya badan.

Kehidupan Lina Medina selepas menjadi ibu termuda di dunia

lina medina with son
Sumber: ati

Ketika Lina disahkan mengandung, dia telah diberikan penjagaan perubatan yang baik dan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 2.7kg dan cukup bulan pada 14 Mei 1939.

Bayi Lina dilahirkan secara caesarean kerana tubuhnya yang kecil membuatkan ianya mustahil untuk Lina melahirkan bayi secara normal.

Bayi tersebut diberi nama Gerardo sempena nama doktor pertama yang memeriksa Lina dan bayi ini di bawa pulang ke rumah keluarga selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Gerardo membesar tanpa mengetahui yang Lina merupakan ibunya dan hanya dapat tahu Lina bukan kakaknya bila dia meningkat remaja.

Ketika ditemubual pada tahun 1955, Gerardo mengatakan yang dia ingin menjadi seorang doktor bila dia meningkat dewasa. Malangnya, walaupun tiada masalah kesihatan, Gerardo mati pada usia 40 tahun atas sebab semulajadi.

542dbcf7ad744ff985fb9284cfddf828
Sumber: ati

Walaupun Lina Medina terkenal sebagai perempuan termuda menjadi ibu dalam sejarah, dia tetap menjalani kehidupan macam orang lain di Peru.

Di usia belia, Lina mendapat kerja menjadi setiausaha untuk doktor yang melahirkan anaknya hingga membolehkan dia menggunakan duit tersebut untuk belajar. Pada masa yang sama, Lina juga berjaya sekolahkan anaknya, Gerardo.

Lina kemudiannya berkahwin dengan seorang lelaki bernama Raul pada 1970 dan melahirkan anak keduanya pada 1972 di usia 39 tahun. Lina dan Raul hidup dalam keadaan susah, kali terakhir berita tentang mereka didengari, pasangan ini masih bersama dan hidup miskin di kejiranan Lima bernama Chicago Chico pada tahun 2002.

Sampai sekarang, tak ada orang tahu apa nasib Lina Media, suaminya atau anak. Mereka berjaya menyepikan diri dari pengetahuan dunia luar.

Sumber: ati

 

Baca: “Satu Malaysia maki saya” – Kena Fitnah Tolak Ibu Mengandung 9 Bulan, Lelaki Bagi Penjelasan Rupanya…

Screenshot 2019 09 24 at 4.33.28 PM