Sejak belakangan ini, negara kita dilanda cuaca yang sangat panas dan kering sehingga menyebabkan berlakunya strok haba.
Strok haba telah menyebabkan beberapa kes kematian berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tidak dinafikan, cuaca panas ini juga membuatkan ramai ibu bapa bimbang jika anak-anak terdedah kepada matahari apabila berada luar rumah, khususnya di kawasan sekolah.
Baru-baru ini, seorang ibu memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok, meluahkan rasa terkilan dengan tindakan guru sekolah yang mendenda anaknya berdiri di tengah panas.
https://www.tiktok.com/@dvafella/video/7231106098726522130
Menurut ibu tersebut, semuanya berpunca selepas anaknya yang berusia tujuh tahun dikatakan datang lewat 10 minit ke sekolah sekitar jam 2 petang.
“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.
“Dah la dipulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain, disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya lagi, dia berpendapat hukuman denda yang diberikan oleh guru sekolah di situ agak keterlaluan apatah lagi Malaysia sedang berdepan cuaca panas.
“Salah ke kalau denda bawah tempat teduh,” luahnya.
Ditanya mengapa tidak masuk campur, ibu tersebut menjawab enggan mengganggu sesi perhimpunan yang sedang berlangsung ketika itu.
Video yang dikongsikan itu telah menerima lebih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari. Rata-rata netizen berpendapat tindakan denda di tengah panas itu amatlah tidak wajar lebih-lebih lagi dikenakan kepada pelajar Tahun 1.
Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku beberapa hari lepas, dan telah dimaklumkan oleh guru besar sekolah terbabit untuk berhubung dengan waris pelajar selepas video terbabit tular.
Baca: Boleh Membawa Maut, Doktor Kongsi Cara Atasi Strok Haba