in

Ibu Lumpuh Terpaksa Kendong Sendiri Bawa Balik Jenazah Anak. Baca Alasan Hospital Ni….

Jasiajsia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenazah ni selalunya kita akan bawa pulang dari hospital dengan van tak pun ambulans untuk diuruskan pengebumian dia. Tak kisah lah jenazah orang dewasa ke bayi ke, mesti kena urus dengan elok, kan?


Tapi ada satu jenazah baby kat Indonesia ni sedih sangat sebab parents dia terpaksa bawa balik sendiri mayat baby tu guna motor, lapor Kompas . Dah la baru hilang anak, terpaksa pulak kendong sendiri jenazah baby tu bawak naik motor guna kain pelikat je. Tambah-tambah mak baby tu menderita lumpuh dah 15 tahun.

sumber: kompas

Baby kat Desa Waro, Kacamatan Monta, Kabuputen Bima, Nusa Tenggara Barat tu baru masuk lima hari je. Tapi meninggal dunia ketika dirawat kat Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Rumah Sakit Umum Daerah Bima. So sebab tu lah baby tu kena dibawa balik untuk dikebumikan.

Tapi takkan la takde ambulans kot sampai kena bawa balik sendiri macam tu kan? Sebenarnya ambulans ada, tetapi suami isteri tu tak mampu nak bayar khidmat ambulans. Hospital siap bagi alasan diorang tak sediakan ambulans percuma. Kesiannyaa….. And jenazah baby tu actually asalnya kena tahan dengan pihak hospital atas alasan keluarga tak bayar lagi bil hospital.

Iskcsakc
gambar hiasan

“Bukan kerana tak sedia nak hantar, ambulans ada, cuma pihak hospital minta bayaran untuk gunakan ambulans tu,” kata ketua Desa Waro tu.

“Jarak rumah keluarga tersebut dengan hospital adalah kira-kira 100 kilometer. Pasangan suami isteri tiada pilihan lain kerana tidak mampu untuk membuat bayaran ambulans seperti diminta.”

Lepas dengar pasal ni, pentadbir hospital datang melawat rumah mak ayah baby tu untuk mohon maaf dan bagitahu dia kesal dengan apa yang jadi and bagi pampasan kat family tu.

Baby
gambar hiasan

Kesian tau mak ayah terpaksa kendong sendiri jenazah anak macam tu….

NOTA: Gambar atas kiri adalah sekadar ilustrasi.

Baca: Bayi Baru Lahir Ini Meninggal Dunia Sebab Nenek Bagi Makan Makanan ‘Solid’

Newklmwd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.