in

Ibu Luluh Anak Ditendang Hingga Lumpuh Gara-gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Lucah

Anak Lumpuh Tegur Rakan

Luluh hati seorang ibu selepas menerima berita anaknya dikejarkan ke hospital akibat ditendang di kepala oleh rakan sekelas di asrama sehingga menyebabkan mangsa lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang ibu di Facebook, memberitahu anaknya yang juga ketua kelas telah ditendang dipercayai kerana menegur tindakan rakannya yang menyebarkan video lucah dalam Group WhatsApp sekolah.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat (tendangan secara curi) di kepala secara tiba-tiba.

358467648 10160041666540939 6543219613190258128 N

“Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

“Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu,” tulisnya.

Katanya, dia menerima ujian yang sangat berat apabila anak orang lain sanggup berbuat sesuka hati terhadap anaknya.

Walau bagaimanapun, wanita itu memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

“Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama,” ujarnya.

Dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat. Dalam pada itu, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Harap pihak sekolah ambil berat terhadap isu ini…

Baca: Kecoh Kes Cikgu Gigit Bibir Murid, Ini 7 Cara Untuk Pastikan Anak Korang Selamat Di Sekolah
Collage 13