in

Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor? Jom Cuba Minum Air Barli!

Air Barli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini yang suka minum air barli? Tahukah anda, air barli mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan?


Barli merupakan salah satu bijirin yang tertua di dunia. Oleh sebab itu, manfaatnya dari segi kesihatan sudah lama diperakui dan diamalkan secara turun-temurun. Selalunya, barli diambil untuk mengubati masalah kencing kotor, perut kembung dan masalah buah pinggang.

Air barli kaya dengan nutrisi seperti vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, mangan, protein, asid amino dan banyak lagi. Ia juga merupakan sumber serat yang sangat baik untuk badan.

Bukan itu sahaja, pengambilan air barli secara berkala juga dapat mengeluarkan toksin dari badan, meningkatkan imuniti dan membuatkan kesihatan anda menjadi semakin baik!

Minum barli untuk pulihkan kencing kotor

Air Barli

Minum air yang mencukupi sangat penting untuk mencegah masalah kencing kotor. Sebab itulah, air barli mungkin dapat menjadi penawarnya.

Kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan jangkitan yang lazim berlaku kepada wanita hamil. Selalunya, wanita yang alami masalah ini akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Mari baca perkongsian oleh Mastura Rashid di bawah mengenai khasiat air barli dalam kalangan ibu mengandung:

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Air Barli

Cara masak barli ni pun mudah.

  1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
  2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
  3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
  4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
  5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.

Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.

Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan buah-buahan sitrus.

Semoga bermanfaat.

Resepi Oleh: Mastura Rashid

Baca: 10 tahun menunggu – Reaksi Suami Terkejut Isteri Hamil Buat Netizen Terharu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.