in

Ibu Dianggap Macam ‘Orang Gaji’ Dan Tak Sama Rupa, Ini Respons Anna Jobling…

Ads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal Anna Jobling? pelakon terkenal di dalam sebuah drama bertajuk Melur Untuk Firdaus yang telah mencetuskan fenomena dan ditonton oleh bukan sahaja di Malaysia malah beberapa negara seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Drama tersebut meraih 11 juta penonton di tayangan TV3 dan difahamkan akan kembali dengan musim ke-2 tidak lama lagi berikutan drama yang dilakonkan oleh Meerqeen dan Anna Jobling itu mendapat sambutan yang hangat di Asia Tenggara.


Namun, Anna Jobling juga tidak lari daripada buah mulut netizen apabila baru-baru ini dia berhadapan dengan situasi yang tak menyenangkan untuk dibaca terhadap ibunya di media sosial.

Ibu Anna Jobling kena siber buli, dianggap macam orang gaji?

Sebuah video yang berdurasi 10 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan beberapa gambar Anna Jobling bersama ibu tercintanya.

@bobbaskyy2

mother is everything #annajobling

♬ THE SHADE – Rex Orange County

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata daripada mereka memuji Anna Jobling kerana tetap menghargai ibunya walaupun sudah berjaya sampai ke tahap yang boleh dikatakan tinggi untuk dikecapi.

Namun, ada juga yang memberikan komen-komen negatif terhadap ibunya yang menganggap ibunya seperti orang gaji dan tak sama rupa.

Screenshot 2022 09 30 At 11.33.00 Am

Screenshot 2022 09 30 At 11.33.16 Am

Anna Jobling buka mulut susulan komen negatif

Susulan komen tersebut, Anna Jobling tampil mengulas dan meminta para netizen untuk menghormati keluarganya dan tidak mengeluarkan kata-kata yang negatif kerana mungkin memberi kesan kepada individu tersebut.

“Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?”

Menurut Gempak, Dia juga mengatakan yang ibunya tidak pernah membuat sebarang onar di media sosial dan tiba-tiba sahaja menjadi sasaran golongan yang suka ‘buli siber’.

Screenshot 2022 09 30 At 11.50.31 Am

“For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya sebab ibu saya tak kacau sesiapapun..Apa yang kamu rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?”

Disebalik kata-kata negatif itu, dia turut meluahkan rasa bersyukur kerana ibunya tetap kuat dan sentiasa positif dalam mengambil kira luah kata daripada netizen. Yelah kita ni tak boleh nak tutup mulut orang…betul tak?

“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak boleh buat apa-apa. Mungkin saya merupakan figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya.”

Pada masa yang sama, Anna turut tersentuh kerana peminatnya turut sama-sama menyokong dan memberi kata-kata semangat buat dia dan ibunya.

Tak baik kita kutuk rupa paras orang…Itukan semua ciptaan Tuhan?

Baca: Penangan Drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen & Anna Jobling Disambut Baik Oleh Peminat Indonesia Di ‘Airport’

Screenshot 2022 09 30 At 11.49.53 Am

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.