in

Ibu Bapa Terkilan Anak OKU Dipulas Telinga Hingga Lebam Oleh Guru Pendidikan Khas

Kes Dera Budak Autism Guru Ppki

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita dengar mengenai kes melibatkan kanak-kanak didera hingga meninggalkan kesan kecederaan yang teruk di badan.

Terbaru pada 24 Julai yang lepas, usahawan terkenal, Mona Din menerusi Facebook telah berkongsi satu kejadian dera yang berlaku ke atas anak OKU autisme.

Dipulas telinga sehingga ‘blue black’

Menurutnya, seorang rakan di media sosial telah memaklumkan kejadian yang menimpa cucunya berusia 7 tahun yang juga seorang murid tahun 1 di kelas pendidikan khas.

Anak istimewa yang menghidap autisme itu didakwa telah dipulas telinga hingga meninggalkan kesan lebam oleh seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah dekat Permatang Pauh, Seberang Jaya.

294531475 10159459148714436 4284718929136418793 N

Tambahnya lagi, murid terbabit juga telah dibawa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan kes ini sebagai kes dera.

Pihak keluarga memaklumkan merasa sangat terkilan kerana dikatakan semasa perjumpaan dengan pihak sekolah, pihak sekolah telah menyalahkan murid sehingga menyebabkan cikgu terpaksa memberi hukuman seperti ini. 

“Dan dikatakan pihak sekolah juga telah memperlekehkan pihak keluarga kerana tidak memantau perkembangan anak ini,” tulisnya.

294572652 10159459148659436 7830725884534291462 N

Mona Din pada masa yang sama berharap kes ini dapat disiasat pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan telus serta tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak berkenaan.

“Semoga dapat keadilan!”

Perkongsian dari Mona Din ini juga mendapat perhatian mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang meminta pihak KPM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memantau kes tersebut.

Ramai juga di kalangan netizen berharap keadilan dapat ditegakkan terhadap murid yang didera itu.

Kpm

Kesiannya tengok lebam macam tu… harap murid terbabit cepat sembuh. 

Baca: Pernah Kongsi Pengalaman Tertekan Akibat Dibuli, Akaun Twitter Wanita Didakwa Dera Anak Angkat Kini Diserang Netizen

Penderaan

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook