in

Ibu Ajaib! Wanita Lahirkan Bayi Kembar Ketika Koma Akibat Covid-19

Ft Bayi Final 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat ibu yang mengandung, sudah tentu berasa bimbang dan risau sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kandungan bukan?

Seperti ibu mengandung ini yang ‘menggelabah’ apabila melihat perutnya yang dahulunya membulat dengan bayi yang dikandungnya kini menjadi leper setelah dia terjaga dari koma.


Pada awalnya, dia menjadi tidak tentu arah apabila beranggapan bahawa zuriat yang dikandungnya itu tidak dapat diselamatkan selama tempoh dia tidak sedarkan diri.

 

Selamat lahirkan sepasang bayi kembar

Namun, tiada apa yang dapat menandingi kuasa Tuhan apabila wanita ini sebenarnya telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar semasa dia masih terlantar dalam koma!

Feat Bayi

Wow, bukan satu, tetapi dua sekaligus!

 

Koma gara-gara Covid-19

Menurut Sky News, wanita yang dikenali sebagai Perpetual Uke dari England itu dikhabarkan positif Covid-19 dan jatuh sakit pada akhir bulan Mac yang lalu.

Dia yang bertugas sebagai pegawai konsultan hospital di Hospital Bandar Birmingham pada awalnya dilaporkan mengalami simptom demam dan telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth.

Keaadan kesihatannya yang semakin kritikal ditambah pula sedang hamil menyebabkan dia terpaksa bergantung dengan mesin ventilator untuk pernafasan dan akhirnya koma.

 

Lahirkan bayi guna teknik C-Sect

Apa yang menakjubkan, wanita itu berjaya melahirkan bayi kembarnya itu semasa dia masih tidak sedarkan diri melalui proses pembedahan caeserean section.

Pada ketika itu, usia kandungannya baru sahaja mencecah 24 ke 25 minggu. Namun, wanita itu terpaksa juga melahirkan bayi kembarnya dalam tempoh yang lebih awal iaitu ketika usia kandungannya mencecah 26 minggu.

Feat Bayi 2

 

Ingatkan kandungan gugur

Sewaktu saya sedar, saya sangat sedih dan risau. Saya ingatkan kandungan saya gugur disebabkan saya tak nampak lagi baby bump di perut. 

Walau bagaimanapun, bayi kembarnya yang terdiri daripada seorang bayi perempuan, Palmer dan seorang bayi lelaki, Pascal berada dalam keadaan yang baik dan masih dalam tempoh penjagaan neonatal ICU di hospital disebabkan kelahiran pra matang.

Tambah wanita itu, keadaan saiz tubuh bayi kembarnya adalah sangat kecil berbanding saiz anak-anaknya yang lain semasa awal kelahiran. Dia juga berasa sangat emosi apabila menyentuh kedua-dua bayinya itu.

Kadang-kadang, saya menangis apabila melihat mereka. Saya tak pernah jangkakan mereka akan selamat. Itulah kuasa sains perubatan yang professional.

Bayi

Menurut suaminya pula, pengalaman tersebut sangat menakutkan. setiap hari dia akan berdoa dan berharap isterinya itu selamat dan tidak akan ‘tewas’ dalam memerangi virus Covid-19 yang dihidapinya.

Kami adalah satu pasukan. Agak sukar untuk diterima apabila terfikirkan dia mungkin tidak dapat lagi untuk berada disisi saya.

Bayi kembar mereka akhirnya berjaya dibawa pulang ke rumah pada bulan Ogos yang lalu setelah dirawat selama 116 di hospital. Tambah wanita itu, mereka semua kini berada dalam keadaan yang baik.

Baca: Bagaikan Mati Hidup Kembali, Bayi Pramatang Hidup Semula Selepas 6 Jam Disahkan Tidak Benyawa Baca Bayi 1

Sumber: Sky News
Sumber: Sky News
Sumber: Sky News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.