in

“Ia 10 minit yang menyakitkan” – Sharifah Rose JAWAB Pasal Viral Gambar Dia Tak Bertudung

Featured Image Rose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, sekarang ni nama Sharifah Rose sedang trending no 1dekat laman Twitter. Tapi kenapa pula nama dia trending ye?


Baru-baru ni, tular dekat laman media sosial mengenai gambar Sharifah Rose yang tidak memakai tudung dan pada ketika itu dia berada di tempat terbuka.

Mstar
Sumber: mstar

Menurut mStar, gambar tersebut dikatakan telah di ambil secara screenshot oleh individu tidak dikenali daripada IG story kawan Rose.

Sebelum itu, bagi sesiapa yang belum mengenali siapa sebenarnya Sharifah Rose ni, mari sini admin perkenalkan.

Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 22, merupakan seorang Instafamous dan juga model muslimah. Dia turut mempunyai jumlah pengikut yang begitu ramai di laman Instagram iaitu 634 ribu pengikut.

Image From Ios 3
Sumber: instagram

Tapi, setelah gambar tidak bertudungnya itu tersebar, Rose tidak hanya mendiamkan diri. Dia terus membuat kenyataan daripada pihaknya bagi menjelaskan perkara sebenar.

https://twitter.com/sharifahrose/status/1219964967195041792?s=20

Menurut Rose, pada hari gambar tersebut tersebar, dia dan rakan-rakan yang pada ketika itu sedang bercuti di Phuket, Thailand, dan sedang pergi mandi-manda di pantai.

Dia juga ada memuat naik gambar memakai baju yang menutup aurat dan juga bertopi.

Eo4Vqckucaejld5
Sumber: twitter

Namun, mengikut penjelasannya, gambar dia tidak bertudung itu sebenarnya dia baru sahaja 10 minit membuka topinya bagi mengeringkan rambutnya yang basah. Tapi tidak menyangka pada waktu itu rakannya sedang membuat IG story.

“Ia adalah 10 minit paling bodoh berlaku dalam hidup saya dan saya sedar apa jua boleh berlaku dalam 10 minit itu. Ia satu kesilapan yang besar dan saya belajar darinya” Rose

Masih ada juga netizen dan peminat Rose yang mempertikaikan tindakannya itu.

1 6
Sumber: twitter

 

2 6
Sumber: twitter

Korang pun tak payah la nak kecam sangat, dia kan dah mengaku dan sedar akan kesilapan dia tu. Doakan jelah yang baik-baik.

 

Baca: “Aikkk, tudung hilang dah” – Netizen Perli Liyana Jasmay Upload Gambar Tak Bertudung Di Instagram

Ui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.