Baru-baru ni, kita telah dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair, suami kepada penyanyi Indonesia terkenal, Bunga Citra Lestari kerana serangan jantung.
Sejak daripada itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana orang semuda itu boleh mendapat penyakit jantung ni? Walhal kita sedia tahu, orang muda organ badannya masih kuat dan jarang terkena penyakit.
Apa-apapun bagi korang yang suka menghisap rokok dan vape, mungkin korang patut take note kisah bakal admin share ni sebab kemungkinan besar korang pun boleh terkena serangan jantung kalau tak reti jaga kesihatan dengan baik!
“Dia terasa macam ada letrik mencucuk-cucuk kat bahagian dada kiri (3x)”
Menerusi satu posting yang viral di Facebook, Adila Iela Bello berkongsi kisah mengenai suaminya yang baru berusia 35 tahun tapi sudah terkena serangan jantung.
Menurutnya, semuanya bermula apabila ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung dan suaminya terasa sakit seperti dicucuk letrik pada bahagian dada. Namun kerana menganggap tidak ada apa-apa, dia mendiamkan kesakitan tersebut.
“U okay tak sayang, nape heart rate u tinggi gila ni?”
“Suami puan kena minor heart attack & ECG dia abnormal”
“Apa punca radang paru-paru ni? Rokok & Vape”
Jadi bagi korang yang menghisap vape dan rokok ni beringatlah kesan-kesan yang bakal dialami dengan mengamalkan gaya hidup yang tak sihat ni. Nak buat apa-apapun cuba ingat anak bini. Mesti dorang sedih kalau kehilangan orang tersayang di usia yang sangat muda.