in

“I did not have an affair” – Adam Levine Nafi Ada Hubungan Sulit Tapi Mengaku ‘Menggatal’

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam agak kecoh di media sosial apabila vokalis kumpulan pop popular Maroon 5, Adam Levine didakwa telah curang dengan isterinya yang juga merupakan seorang supermodel terkenal Victoria Secret, Behati Prinsloo.


Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang model Instagram Sumner Stroh dengan mengatakan bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan penyanyi ini selama setahun sebelum menghentikannya.

@sumnerstroh

embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen

♬ original sound – Sumner Stroh

Namun begitu, baru-baru ini Sumner mengatakan yang dia telah mendapat mesej dari Adam Levine mengatakan niatnya untuk menamakan bakal anaknya itu dengan nama ‘Sumner’.

Dakwaan dari wanita ini turut disertakan sekali dengan beberapa tangkap layar mesej yang diberikan oleh Adam kepadanya di Instagram.

“I did not have an affair”

Ekoran dakwaan ini, Adam menerusi Instagram peribadinya akhirnya telah membuka mulut dan mengakui bahawa dia ada menghantarkan mesej menggatal dengan wanita lain namun menafikan dia ada hubungan sulit.

Screenshot 2022 09 21 At 10.24.18 Am

“Banyak benda yang sedang diperkatakan tentang saya sekarang dan saya hanya nak jelaskan keadaan. Saya telah tersilap langkah kerana bercakap dengan orang lain selain isteri saya dengan cara menggatal.

“Saya tak mempunyai hubungan sulit.

Bagaimanapun, saya telah terlanjur (dalam berkata-kata) sehinggakan ia menjadi tidak sesuai dan saya telah pun mengambil langkah yang proaktif untuk berubah bersama keluarga saya.

Isteri dan keluarga saya merupakan orang yang paling saya sayang di dunia. Kenaifan dan  kebodohan saya untuk risikokan perkara yang penting dalam hidup saya adalah kesalahan terbesar saya. Saya tak akan buat lagi. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Kami akan lalui ujian ini dan kami akan laluinya bersama.”

Menjenguk ke Instagram Behati, isteri Adam Levine ini masih memilih untuk mendiamkan diri berhubung isu kecurangan suaminya.

Manakala Sumner telah membuat video kedua di TikTok menjelaskan bahawa pendedahan tersebut bukan dibuat untuk meraih simpati serta turut meminta maaf kepada mangsa sebenar kes ini iaitu Behati dan anak-anak mereka.

@sumnerstroh

Replying to @alanasanders89 addressing a few things I wish I had said in the first video

♬ original sound – Sumner Stroh

Harapnya isteri Adam terus tabah dan kuat sekarang. Lagi-lagi tengah mengandung ni…

Baca: Penyanyi Maroon 5 Adam Levine Didakwa Curang, Siap Nak Namakan Anak Dengan Nama ‘Mistress’!

Adam Levine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.