Umumnya kira sedia maklum bahawa esok 31 Oktober adalah tarikh dimana budaya barat akan menyambut Halloween. Namun begitu, di Malaysia juga, ada yang turut meraikannya.
Bagaimanapun, budaya ini bukanlah satu sambutan yang elok buat mereka yang beragama Islam untuk meraikannya.
Artikel Berkaitan : Cik Ponti Jadi Tarikan Pengunjung Di Skyline Luge, Video Usikan Pengunjung Jadi Tular
Artikel Berkaitan : Penggunaan Kanta Lekap Berwarna Jatuh Hukum Haram?
Ini kerana pihak JAKIM ada memberikan kenyataan berhubung dengan sambutan Halloween ini menerusi platform media sosial X.
Jelas mereka, hukum menyambut Halloween adalah haram kerana ada unsur tasyabbuh yang membawa maksud penyerupaan sesuatu dimana ia adalah larangan dalam agama Islam.
HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN
Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat. pic.twitter.com/a6gIxNTuJ8
— JAKIM (@MyJAKIM) October 30, 2023
Dari segi istilah pula, tasyabbuh adalah sebuah usaha seseorang untuk meniru sosok yang dikaguminya, baik dari tingkah laku, penampilan, hingga sifat-sifatnya dan diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.
Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar RA bermaksud :
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.
Harap bagi mereka yang nak sambut Halloween boleh la pertimbangkan semula.
Sumber : X