in

Hubungan Terlarang Antara Pengarah Sekolah Dengan Pelajar 14 Tahun Buat Orang Ramai Marah

Sekolah Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan dewasa sepatutnya menjadi pelindung kepada golongan bawah umur daripada sebarang bahaya. Tambah-tambah lagi sebagai seorang yang bekerja dalam persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak.

Namun begitu, pada masa kini masalah yang melibatkan golongan pedofil semakin meningkat naik bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Golongan yang mengambil kesempatan dengan kenaifan kanak-kanak untuk kepentingan diri sendiri merupakan golongan yang ‘berpenyakit’.


B 4
gambar hiasan

Menurut mStar, baru-baru ini seorang lelaki telah kantoi kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan budak perempuan di bawah umur sejak tiga bulan lalu. Nathapop Boonthongtho merupakan seorang pengarah sekolah berusia 51 tahun di Sekolah Ban Patong Thanoen Samakkee di daerah Nakhon Ratchasima’s Bua Yai, Thailand.

Menurut The Nation, perhubungan romantik yang terjalin antara Nathapop dan pelajar berusia 14 tahun itu telah didedahkan oleh ahli jawatankuasa serta para guru di sekolah tersebut. Mereka bertindak mendedahkan skandal itu kepada pihak media dengan cara menyerahkan mesej perbualan yang diambil daripada telefon bimbit pelajar terbabit.

Bj
sumber: the nation

Bukti yang telah diserahkan itu telah mendapat perhatian Pejabat Pelajaran Pendidikan Rendah Nakhon Ratchasima 6 yang kemudiannya menubuhkan panel disiplin bagi menyiasat tuduhan tersebut.

Bukan itu sahaja, Ketua Promosi Penyediaan Pendidikan, Khomkrit Mumthaisong yang memimpin anggota panel tersebut telah mengadakan lawatan ke sekolah itu yang juga bertujuan untuk menyelidik tentang hubungan pasangan terbabit.

Salah seorang kawan pelajar tersebut memberitahu bahawa rakannya itu sebelumnya mempunyai teman lelaki di Mathayom 3, namun, menjalinkan hubungan dengan Nathapop selepas dia menjawat jawatan sebagai pengarah di sekolah.

Sekolah
gambar hiasan

Pengarah itu juga sering menyuruh pelajar terbabit ponteng sekolah untuk pergi bercuti bersamanya. Selain itu, rakan pelajar berkenaan turut mendedahkan bahawa rakannya memang sudah jatuh cinta dengan Nathapop dan memberitahu pengarah itu pernah berjanji untuk bertemu keluarganya pada 14 Februari kerana ingin meminta izin untuk mengahwininya.

Sementara siasatan sedang dijalankan, Nathapop telah dipindahkan keluar daripada sekolah tersebut kepada jawatan yang tidak aktif. Sekiranya didapati bersalah, dia akan digantung tugas daripada perkhidmatan awam dan akan berdepan dengan tuduhan jenayah.

Bahayalah orang macam ni…

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Sambil kita cuci mata, ada yang curi cahaya mata kita” – Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Bangla Pedofilia di Tesco

Y

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.