in

Hospital & Klinik Di Singapura ‘Offer’ Staf Sehingga RM36k, Kalau Berjaya Carikan Nurse

Ft Nurse Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu faktor adalah disebabkan pandemik, ada para jururawat di Singapura bertindak berhenti kerja kerana dah terlalu overworked.


Memandangkan banyak hospital dan klinik di negara tersebut kekurangan jururawat, The Straits Times melaporkan bahawa ada satu hospital swasta sanggup tawarkan finder fee sehingga RM 36,000 kepada kakitangan mereka yang berjaya ‘bawa masuk’ nurse bekerja.

 

Offer finder’s fee kalau berjaya cari nurse baru

Nurse Singapura

Malah jururawat yang fresh grad juga berpeluang  mendapat durian runtuh sekurang-kurangnya itu $3,600 (RM 11,130) daripada pihak hospital jika berjaya mencari jururawat baru.

Rasa terdesak makin bertambah apabila pandemik Covid-19 melanda di negara tersebut selian daripada semakin ramai jururawat berhenti kerja.

Menurut sumber lagi, tahun lalu, buat pertama kali dalam lebih 2 dekad, Singapura mengalami penurunan jumlah jururawat..

Pada akhir tahun lepas, terdapat seramai 42,096 jururawat, satu pertiga daripadanya adalah warga asing.

Nurse Singapura 2

Berlaku penurunan bilangan jururawat yang bekerja di sana  walaupun terdapat 2,356 jururawat berdaftar baharu dan 661 jururawat berdaftar yang menyertai profesion itu pada 2020.

Menteri Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary memberitahu Parlimen awal bulan ini bahawa:

“Kira-kira 1,500 pekerja penjagaan kesihatan telah meletak jawatan pada separuh pertama 2021, berbanding kira-kira 2,000 setiap tahun sebelum pandemik.”

“Pekerja kesihatan yang merupakan warga asing juga telah meletakkan jawatan dengan jumlah yang lebih besar, terutamanya apabila mereka tidak dapat melakukan perjalanan untuk melawat keluarga mereka dan pulang ke rumah.”

“Hampir 500 doktor dan jururawat asing telah meletak jawatan pada separuh pertama 2021, berbanding sekitar 500 pada keseluruhan 2020.”

Dalam pada itu sumber juga melaporkan bahawa ada yang berhenti kerana tekanan yang tinggi kerana masa kerja yang terlalu panjang dalam menangani wabak dan bebanan kerja bertambah, lebih parah lagi apabila bilangan kakitangan yang berkurangan lebih-lebih lagi dalam keadaan kekurangan petugas.

 

Baca : 10 Tahun Tunggu Zuriat, Nurse Meninggal Akibat Covid-19 Lepas Lahirkan Anak

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.