in

“Hormati perasaan kami” – Aufahanie Mohon Gambar Arwah Abang Ketika Ditemui Tidak Disebar

Ft Gambar Arwah Nidza Afham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aufahanie, kakak kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham meminta netizen agar berhenti berkongsi serta memadam gambar mayat abangnya yang ditemui di Sungai Klang yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi hantaran penyanyi berkenaan di Instagram Story, dia meminta agar mereka yang berbuat demikian untuk menghormati perasaan dia dan keluarga.


Screenshot 2024 08 15 103015

Terdahulu, Allahyarham Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam tadi sebelum dompet dan telefonnya ditemui di Jambatan Sungai Klang.

Menurut kronologi yang dikongsikan Aufahanie, arwah hanya membalas mesej keluarga pada pukul 9.04 malam dan itu merupakan kali terakhir sebelum hilang.

Artikel berkaitan : Abang Penyanyi Aufahanie Dilaporkan Hilang, Terjumpa Dompet & Telefon Pintar Atas Jambatan Sg Klang

Artikel berkaitan : “Baliklah Afham” – Masih Belum Ditemui, Bapa Laung Azan Cari Penyanyi Hilang

Malam semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang adalah Muhammad Nidza Afham.

Menurut Kosmo, proses bedah siasat jenazah masih berjalan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam.

Menurut hantaran di X milik kakak kepada arwah, Nidza Afham akan dikebumi di Puncak Alam selepas solat Zohor. Solat jenazah di Masjid Puncak Alam akan kebumi di tapak perkuburan Felda Bukit Cherakah berhampiran SMK Puncak Alam.

Sumber : IG Story | Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.