“Hormat sikit agama lain” – Video Indoor Park Di China Gunakan Sejadah Gambar Kaabah Buat Alas Gelongsor

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Hormat sikit agama lain” – Video Indoor Park Di China Gunakan Sejadah Gambar Kaabah Buat Alas Gelongsor

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Satu video di Twitter viral sebab dapat perhatian umat islam dimana satu indoor park di China yang dianggap tidak menjaga sensitiviti agama islam.

 

Aku syak diaorang tak tahu kot – Netizen

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan pengunjung sedang berhibur bermain di gelongsor bersama anak-anak mereka. Tapi lepas di zoom terpapar yang mereka menggunakan sejadah.

Namun begitu ada netizen yang menegaskan ia tak sepatutnya dipandang serius sebab ada yang  beranggapan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang agama islam, sebab dia sendiri ada kawan yang tak tahu pasal hal ni.

“Aku syak diaorangg tak thu…sebab dulu classmate aku ade cina..time kem jati diri tidur homestay bilik asing-asing..time aku masuk bilik dia buat sejadah sebagai alas kaki..aku tegur dia..dia pun terkejut..dia kasi aku balik..dia pun mintak maaf cakap tak tahu ingat alas kaki.”

“Tak tahu kot. Ade jugak my non-muslim friends terbeli sbb ingat tu alas kaki”

Walaubagaimanapun, majoriti yang komen di akaun @MandarinJer ini marah dengan tindakan mereka kerana gambar dalam sejadah itu mempunyai gambar Kaabah. 

 

Tak ada masalah kalau pakai sejadah biasa, tapi jadi tak hormat ada motif Kaabah – Netizen

Ia boleh diterima pakai kalau hanya sejadah biasa tapi dengan adanya gambar Kaabah tu ia dah agak keterlaluan.

Video ini telah meraih lebih daripada 14,000 jumlah retweets sejak dimuat naik tak sampai 48 jam. Tak tahu lah samada disengajakan ataupun tidak, cuma sepatutnya kena ada common sense.

 

Baca : “Kami dipaksa mkn babi & dilarang solat”- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan ‘Istimewa’ Di Kem Tahanan Xinjiang.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.