Kes kematian akibat wabak Covid-19 semakin meningkat di seluruh dunia. Menurut World Health Organisation (WHO) sehingga hari ini, kes kematian dicatat sebanyak 40,777 di seluruh dunia dan jumlah daripada itu Indonesia mencatat sebanyak 1677 kes, lapor WHO.
Sudah pasti ramai yang terkesan dengan wabak ini dan bimbang wabak ini akan berjangkit kepada lebih ramai lagi.
Berlaku satu kejadian di salah sebuah daerah di Indonesia dimana penduduk di salah sebuah kampung di Banyumas, Jawa Tengah tak menerima jenazah pesakit positif Covid-19 dikebumikan di kampung itu.
Menurut Mstar yang dipetik daripada Tribunnews, Dato Bandar Banyumas, Achmad Hussein menolong memindahkan jenazah tersebut ke tempat lain kerana penduduk kampung tersebut menegah supaya jenazah pesakit itu dikebumikan di kampung mereka.
“Kalau virus tu dalam badan manusia dan berada di dalam tanah, ia akan mati dengan serta merta”
Penduduk kampung bimbang sekiranya mayat itu ditanam di kampung mereka, risau penyakit itu akan berjangkit dengan penduduk lain.
Kesian lah dekat ahli keluarga pesakit si mati.