in

“His favourite dish..” – Lepas 9 Bulan, Shuhada Baru Boleh Masak Sambal Sotong Kegemaran Hafidz Roshdi

Shu 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu rumah tangga Nurul Shuhada dan bekas suami, Hafidz Roshdi masih lagi dalam perbicaraan mahkamah berikutan saman yang difailkan oleh pihak Shuhada kepada Hafidz sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Tiba-tiba kata tak setuju” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Buat ‘U-turn’ Isu Hadanah


Artikel berkaitan: Keputusan Lafaz Cerai Ditangguhkan 27 Julai Ini, Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Dah Banyak Kali Minta Cerai

Dalam pada itu, baru-baru ini Shuhada sempat memuat naik video di IG Story menunjukkan dia sedang mengacau masakan kegemaran bekas suami di dalam kuali.

Img 7215 E1697011634430

Shuhada yang mesra dipanggil Shu itu, menyatakan dia baru mampu memasak lauk kegemaran Hafidz iaitu sambal sotong selepas sembilan bulan. Sebelum ini, dia bimbang akan menangis jika memasak lauk tersebut.

Namun begitu, selepas sembilan bulan dia akhirnya mampu untuk memasak lauk itu tanpa rasa sedih.

Shuhada juga menafikan bahawa dia bukanlah tidak boleh move on dengan masa lalu tetapi mahu memberitahu Allah Maha Membolak Balikkan Hati manusia kerana perasaan sayang itu akan berubah-ubah.

Bukan nak cakap besar dah move on ke apa, tapi nak bagitahu yang Allah Maha Hebat. Dia Maha Membolak Balikkan Hati manusia, hari ini you sayang dia, dia sayang you, esok esok belum tentu lagi, so tak perlu nak kejar sangat cinta you tu, let’s kejar cinta Allah together..

Dalam IG Story yang sama, Nurul Shuhada juga sempat berseloroh,

Ohh but right now, korang nak I masak catering sambal sotong pun boleh!

Sebelum ini, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 22 Februari 2023.

Sumber: Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.