in

“Hina sangat jadi janda?” – Gara-gara Jiran Puaka, Wanita Stress Rumah 3 Kali Diserbu Jabatan Agama

jiran puaka adu jabatan agama berkhalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita bergelar ibu tunggal atau janda sering dipandang serong oleh masyarakat meskipun tidak semua di antara mereka bersikap tidak elok seperti yang disangkakan.

Lebih menyedihkan, seorang wanita bernama Mira baru-baru ini mendedahkan di videonya yang viral di TikTok bahawa rumahnya telah diserbu Jabatan Agama selewat jam 12.30 malam kerana didakwa telah melakukan khalwat.


@mira_rindiyani

Kul12.30mlm Jabatan Agama Islam dtg serbu rumah sy.. apa prasaan korg jika diserbu dan dituduh benda yg korg tak pernah buat? Jiran hati busuk! #fyp

♬ bunyi asal – MiRa RiNDiYaNi – MiRa RiNDiYaNi

Perkara ini juga katanya berlaku dek kerana sikap ‘jiran puaka’ yang busuk hati. Video yang mendapat hampir sejuta tontonan ini telah mengundang pelbagai komen netizen yang memintanya mengambil tindakan saman malu.

saman jabatan agama

 

Serbuan kali ketiga berlaku selepas dilapor jiran 

Menurut mStar, Mira yang tinggal di Tangga Batu, Melaka selama 14 tahun di rumah tersebut bersama lima orang anaknya sudah menerima tiga serbuan dari Jabatan Agama angkara sikap busuk hati jiran.

Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang… ia diceritakan sendiri suami (bekas suami) kerana pada masa itu, di sedang cuci kereta. 

“Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik. 

“Pada masa itu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir balik memang tak logik,” ceritanya.

rumah diserbu

Lebih mengecewakan ialah cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar rumah kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang rumah kerana tiada pagar.

Tindakan itu menyebabkan dia dan anak-anak malu berikutan van putih besar diparkir hadapan rumah yang menarik perhatian jiran.

 

Pernah dikompaun RM1,000 semasa PKP 

Tak cukup dengan itu, dia juga memberitahu yang rumahnya pernah diserbu polis ketika Aidilfitri semasa PKP lepas dan dikompaun RM1,000 selepas jiran dikatakan membuat aduan terhadapnya.

“Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita. 

“Masa hari raya pertama musim PKP. Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga, jadi adik beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000,” katanya.

KOMPAUN

Mira mengakui sangat tertekan dengan sikap jiran yang suka menganggu sehinggakan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di laman rumah seperti menyiram pokok dan sebagainya.

Hadeh penat jugak dapat jiran kaki report ni kan? Kesian kakak ni kena hadap macam-macam. Kalau ikutkan hati memang lama pindah. 

Baca: “Siap simpan motor dalam rumah, taknak kantoi” – Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain di Rumah Ketika Suami Dalam Penjara

khalwat

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.