in

Hina OKU, SKMM Sahkan Terima 20 Laporan Polis Terhadap ‘Kak Long Kosmetik’

Collage 72 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak insiden memarahi pekerja 7E tular tak lama dahulu, nama Kak Long seperti sudah sinonim dengan kontroversi.

Malah baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan bahawa pihaknya dan pihak polis telah menerima 20 aduan mengenai wanita bernama Wan Nor Baizura ini.


Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, laporan-laporan ini dibuat ke atas videonya menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dimuat naik di media sosial.

187107554 4050644798353709 7413960764405637393 N

Disebabkan ini, pihak SKMM dan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan-aduan yang telah pun diterima, lapor Malaysia Gazette.

Selain itu, Zahidi turut memberi peringatan kepada orang ramai bahawa menghina kehormatan seseorang termasuk membuat jenaka mengenai keadaan fizikal seseorang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 509 dan 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(b) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, satu video tular di media sosial menunjukkan Kak Long menangis ekoran perniagaannya diboikot serta meminta agar orang ramai memaafkannya dan memberikan dia satu lagi peluang.

Harapnya Kak Long sedar dengan kesilapan yang dia lakukan dan benda ni menjadi pengajaran untuk orang lain supaya berpada-pada bila menggunakan media sosial.

 

Baca: Tak Sampai 24 Jam Ditemuramah TV Alhijrah, Netizen Dakwa ‘Kak Long’ Hina OKU Pula?
Kak Long Ejek Golongan Oku Pula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.