in

Hidup Dalam Flat Kotor Penuh Sampah & Najis, Dua Beranak Dibela JKM

Rumah Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua beranak yang hidup dalam keadaan sangat menyedihkan di mana flat yang didiami mereka dalam keadaan sangat kotor dipenuhi sampah serta ada takungan najis.

Difahamkan, kedua-dua beranak itu tinggal di Flat Taman Silibin, Ipoh, Perak. Mereka berdua tinggal di situ berdua sahaja dan beberapa ekor kucing.


Artikel berkaitan: Rumah Di Segambut Penuh Sampah, Individu Didakwa Hidap ‘Hoarding Disorder’

Artikel berkaitan: “Pasang bukan sebab suka-suka” – Penghuni Flat ‘Selera Condo’ Buat Laporan Polis, Enggan Cabut Gril Besi

@ipoh.echo

Mother and Son Living Amidst Garbage and Filth @ Flat Taman Silibin 😢😭😭 For more info: https://www.facebook.com/IpohEcho/posts/816296737176693 https://www.ipohecho.com.my/2024/01/17/mother-and-son-living-amidst-garbage-and-filth/ #jabatankebajikanmasyarakatnegeriperak #ipohecho #peraktastic Apologies for the misinformation in the video: Assistance/Inquiries Contact: Chairman of Persatuan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Norashikin Noran 012 509 2557

♬ original sound – Ipoh Echo – Ipoh Echo

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata,  bantuan kewangan akan disalurkan kepada mereka dalam masa terdekat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Penama dan ibu tinggal di rumah flat yang terbiar milik individu lain, tetapi pemilik tidak mengenakan bayaran sewa dan mereka telah dua tahun tidak membayar sewa. Flat tersebut usang dan banyak unit tiada penghuni.

Ibu penama sedang menerima bantuan dari Baitulmal sebanyak RM500 sebulan. Penama mengalami masalah kemurungan di tahap minima dan tidak mahu membenarkan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan dan sanggup menjaga ibunya,” katanya.

Anak lelaki yang berusia 46 tahun itu difahamkan telah berhenti kerja untuk menjaga ibunya (77 tahun) yang kian uzur.

Semoga masalah kedua-dua beranak ini diringankan…

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.