Siapa tak kenal dengan Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Muka yang familiar sejak kita dilanda pandemik Covid-19, diangkat menjadi hero negara dan wajah beliau diabadikan menjadi mural di Shah Alam, Selangor.
Menerusi akaun Twitter milik beliau, DG Hisham ada memuat naik sekeping gambar beliau bersama mural berkenaan sambil mengucapkan penghargaan kepada artis mural tersebut. Korang boleh tengok sendiri tweet beliau @DGHisham kat bawah ni.
Terima kasih Hero negara!
Admin terharu dengan tweet DG Hisham ni. Sesungguhnya kejayaan negara kita membendung penularan Covid-19 ini adalah kejayaan bersama rakyat yang patuh dengan arahan dan saranan oleh pihak kerajaan.
Admin pun first time tengok beliau pakai spec hitam macam tu. Terus nampak muda 20 tahun.
Terima kasih semua frontliners! Sekarang baru boleh rehat time weekend. Kalau tak, setiap hari ada press conference. Penat weh.
Terima kasih buat semua petugas barisan hadapan dan semua rakyat Malaysia. Sikit lagi je kita nak hapuskan virus ni dari negara kita. Apa-apa pun, DG Hisham memang cool dress up macam tu!
Baca: “Kamu wira kami” – Comel! Lukisan Adik Kecil Untuk Frontliner Curi Tumpuan Netizen