in

Henshin! Pameran 50 Tahun Kamen Rider Di Kuala Lumpur. Rugi Tak Pergi!

collage 6

Untuk semua peminat Kamen Rider, bersiap sedia untuk satu sambutan epik! Lepas lima dekad yang penuh dengan aksi mendebarkan, transformasi ikonik dan kisah perjuangan keadilan yang tiada tandingan, Kamen Rider akan meraikan ulang tahun ke-50 dalam sebuah pameran yang sangat luar biasa.

Dari Kamen Rider No.1 sehinggalah generasi terbaru, superhero Jepun ini terus memikat hati peminat. Dengan pameran ini, korang boleh selami sendiri perjalanan luar biasa francais tokusatku lagenda ini.

Menampilkan pelbagai tarikan eksklusif yang akan menghidupkan semula nostalgia peminat lama dan memperkenalkan keajaiban Kamen Rider kepada generasi baru, ini merupakan acara yang korang tak boleh lepaskan!

Wira untuk semua generasi

472238263 122113471136622527 4441942770739721163 n

Sejak tayangan sulungnya pada tahun 1971, Kamen Rider telah menjadi satu ikon budaya yang diminati. Tak seperti wira tradisional lain, Kamen Rider menggambarkan protagonis yang bukan sahaja bertarung menentang kejahatan tapi juga melawan cabaran emosi seperti kesedihan dan kesunyian.

Dalam tempoh lima dekad, francais ini terus berkembang dengan menampilkan elemen-elemen baru seperti aksi mendebarkan, adegan lucu dan kejutan luar biasa. Evolusi ini menjadikan Kamen Rider sebagai satu adiwira klasik sepanjang zaman yang disayangi oleh peminat dari pelbagai peringkat usia.

Apa yang akan ada di pameran Kamen Rider ni?

471669234 122113337204622527 7006820030114678701 n

Setiap Kamen Rider mewakili cerita dan legasi tersendiri, mencerminkan perubahan dinamik dalam penceritaan dan reka bentuk sepanjang dekad. Jadi, ini merupakan peluang korang untuk saksikan sendiri semua wira lagenda berkumpul dalam satu pameran.

  • Lebih 30 Kamen Rider dari era Showa, Heisei dan Reiwa termasuk Masked Rider 1, V3, BLACK RX, Agito, Ryuki, Den-O, W, ZERO-ONE, SABER, GEATS, dan GOTCHARD.
  • Replika patung Kamen Rider berskala sebenar juga terdapat di sana supaya korang boleh tengok sendiri hero kegemaran korang macam real.
  • Prop dan kostum original seperti tali pinggang transformasi, prop dari rancangan TV dan kostum pelakon siri kegemaran korang.
  • Manuskrip manga replika yang boleh korang lihat sekaligus mengimbau nostalgia ketika menonton siri ini.
  • Ruang pameran eksklusif dengan paparan interaktif dan pandangan di belakang tabir.
  • Kedai dan kafe pop-up untuk membeli barangan rasmi termasuk KOLEKSI eksklusif dari pameran di Jepun.

Pengalaman sekali seumur hidup

471569921 122112948482622527 7102345202257864512 n

Pameran Ulang Tahun Kamen Rider ke-50 ini bukan hanya sekadar pameran ia merupakan satu penghormatan kepada 50 tahun keberanian, persahabatan dan kisah-kisah luar biasa yang telah menjadi inspirasi kepada jutaan orang.

Jadi apa tunggu lagi, dari 10 Januari hingga 16 Mac 2025, saksikan dunia Kamen Rider dan nikmati 50 tahun aksi, keberanian dan kenangan yang tak boleh dilupakan di INCUBASE Arena Malaysia @ Farenheit88, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam (kemasukan terakhir: 9 malam).

Untuk harga tiket pula, ia bermula serendah RM40! Korang boleh tengok panduan harga dekat bawah ni dan beli tiket kat sini.

472852047 122114873744622527 3518107657897081104 n

Sama ada korang merupakan peminat setia atau baru nak mengenali Kamen Rider, acara ini menjanjikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Jadi ajak keluarga dan rakan-rakan dan bersiap sedia untuk Henshin!

Maklumat lanjut boleh layari Facebook INCUBASE Arena Malaysia