Pelawak Atu Zero berasa kesal dengan kenyataan seorang ahli politik yang mengaitkan pemberian roti Gardenia buat penduduk di Sabah sebagai cara mudah untuk memancing undi.
Menurut Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, kenyataan terbabit tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat kerana boleh menyinggung perasaan warga Sabah.
“Ada satu individu, Yang Berhormat (YB) mana entah, video dia cakap fasal bagi roti pada orang Sabah tu viral.
“Saya rasa tak baguslah kenyataan begitu, roti itu tiada kaitan pun, malah saya dan isteri setiap tahun balik Sabah akan bawa roti untuk diagihkan kepada kanak-kanak di kampung,” katanya.
Atu meluahkan perkara itu susulan tular kenyataan seorang ahli politik dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang berseloroh ‘Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja’.
Artikel berkaitan: “Siap bawak luggage”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Atu Zero Ketika Main Badminton Lawan Indonesia Di Acara Tepok Bulu 2023
Artikel berkaitan: “Condition bau kedai, rare item”- Netizen Ambil Kesempatan Jual Roti Gardenia Sampai RM699?

“Boleh maafkan tapi orang lain…”
Atu turut menyuarakan rasa terkilan menerusi laman Instagramnya yang berkecil hati dengan kenyataan itu.
“Bila ada orang dewasa yang mengatakan benda yang tidak sepatutnya, hati kecil ini terguris dengan kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut bijak pandai.
“Saya boleh maafkan kamu tapi bagaimana dengan saudara-saudara lain yang masih terasa dengan kenyataan sedemikian,” tulisnya yang turut berkongsi video memaparkan dia mengagihkan roti kepada kanak-kanak di Sabah untuk berkongsi rezeki dengan mereka.
View this post on Instagram
Menurut sumber berasingan, ahli politik terbabit tampil memohon maaf atas keterlanjuran ucapannya yang didakwa menghina rakyat Sabah sempena kempen PRN.
Sumber: mStar
