أشهدُ أنْ لا إلهَ إلا اللهُ وأشهدُ أنَّ محمدًا رسولُ اللهِ
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH”
“Aku bersaksi tidak ada tuhan yang patut disembah kecuali Allah. Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu Utusan Allah”
Mungkin korang dah biasa dengar atau menyaksikan sendiri pengislaman non-muslim di negara ini, tapi kisah yang admin nak kongsikan kali ini sedikit berbeza dari apa yang korang pernah dengan atau nampak.
5 sekeluarga lafaz syahadah lepas tercari-cari ‘agama’ sebenar
Seorang lelaki dan keluarganya mengambil keputusan untuk memeluk agama islam lepas tertarik dengan keindahan ditonjolkan islam ketika mereka tercari-cari apa itu ‘agama’ seperti yang dikongsikan page Muallaf Rawang di facebook.
Moment of Syahadah, Syukur Alhamdulillah ya Rabb.. Barakallah Fiikum.. Insya Allah.. Aamiin. Muhammad Khalid Wang bersama keluarga telah melafazkan dua kalimah syahadah di masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang sebelum mendaftar pengislaman di MAIS Daerah Gombak.
https://www.facebook.com/muallafrawang/videos/2371519189598212/?v=2371519189598212
Mengalir air mata admin, bila lihat sekeluarga ini bertekad untuk memeluk agama islam dan mengamalkan segala ajaran islam.
Bukan seorang atau dua, tapi kesemua ahli keluarga yang terdiri daripada 5 orang iaitu suami, Muhamad Khalid Marcus Wong; isteri, Puan Erina dan tiga orang anak mereka.
https://www.facebook.com/muallafrawang/posts/1118341801702850?__xts__[0]=68.ARDEX2Nk0UB7QbBf2wYzFCjn-c6e7LhzLlP8RKDbMTznS_jOcR21NwdTK-PPgl78wH7LsTYywXqSEcDNsG9gdbtuDMEmR1CzQMUYLTUzeyBL9lnZ6TK9yBf6EXBkjxzI7G4ac1H_cweQFeLJNrd8yCDXD8v5oqVsnMVxDlvlIcfdB64qFOycjmoX0dFqY1zHUf-DCiaKTAOwleGlWwQo4i2KNZLZuSpR79RtUeUUXLK9KRdYf8MQc3AcrOLUCl5A9wYOs3zgMjZvtIEFQwLk43GVou5EADrJXPmI80S-uR-jUJdWrjEVgs0nVDAIO9H0oY8iONevrvr9fZ1JtaRKz9_Oag&__tn__=-R
Tahniah kepada saudara baru Muhamad Khalid Marcus Wong Dan sekeluarga kerana telah kembali ke agama fitrah, ISLAM .
Beliau Dan sekeluarga yg lahir dalam keluarga bukan Islam begitu tertarik Dan tercari2 akan pengertian Islam dalam agama.
Beliau tidak pernah lekang untuk mengikuti page muallaf rawang untuk mendapat lanjutan aktiviti2 yg muallaf lakukan Dan ikuti.
Alhamdulillah, pada tangga 17 September, 2019, beliau sekeluarga nekad Dan telah mengambil keputusan untuk mendekatkan diri kepada Islam sekaligus melafazkan dua kalimah syahadah. Dengan bantuan ustaz Amir Ng, beliau sekeluarga telah melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat agama Selayang.
Semoga beliau sekeluarga dirahmati Dan diberkati Allah. Terus kan perjuangan Dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan Dan Jalan diredhai Allah SWT.
Insha allah.. Amin ?
Momen-momen lafaz syahadah oleh Muhammad Khalid Marcus Wong dan keluarganya pada 17 September 2019 di pejabat agama Selayang






Allahu admin betul-betul teruja dan gembira bila makin ramai yang memeluk agama islam, semoga kita diperkukuhkan iman dan sentiasa menjadi hamba-NYA yang terbaik…amin

