in

Hati-hati Ladies! Pastikan Anda Ingat Muka Lelaki Ini dan Jangan Terpedaya Dengan Taktik Kotor Digunakan

Page Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni orang nak buat jahat macam-macam cara dia guna. Sebab tu, perempuan yang selalu jadi mangsa kena sentiasa aware kalau keluar especially masa berjalan seorang diri.


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang lelaki yang menggunakan taktik konon minta tolong carikan kunci di kawasan PV 128, Setapak.

KahMun Lai memberitahu beberapa hari lalu, dia sedang berjalan pulang di PV 128 sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang meminta bantuan mengambilkan kuncinya yang tersekat. Tetapi pelajar kolej tersebut hanya meminta maaf dan berlalu pergi kerana risaukan keselamatan diri mengingatkan kes yang sama pernah berlaku di Wangsa Maju.

Tipu
sumber: facebook

Kemudian, dia memberitahu menggunakan jalan yang sama pada 10 Mac yang lalu dan mendapati lelaki yang sama mundar mandir di kawasan Restoran Harutei sebelum berhenti bercakap dengan seorang wanita berkemungkinan atas sebab yang sama. Wanita itu juga turut berlalu pergi sepertinya.

Tidak lama lepas tu, dia ternampak lelaki tersebut menghentikan seorang wanita lain dan mengikutnya ke arah lorong belakang. Risaukan keselamatan wanita tersebut, KahMun Lai mengekori mereka, namun, mereka hilang dari pandangannya.

Dia dengan beraninya mengikut laluan belakang tersebut sebelum ternampak wanita tadi membuka pintu dan berlari keluar. Mereka berdua kemudian berlari dengan pantas ke arah kawasan orang ramai.

Tipu3
gambar hiasan

KahMun Lai bersyukur mereka berdua selamat dan menyesali kerana tidak dapat mengambil gambar lelaki berkenaan tetapi salah seorang pembaca entrinya telah kongsikan gambar lelaki tersebut. Katanya lagi, lelaki tersebut tidak mengejar tetapi orang ramai haruslah berhati-hati dan berjaga-jaga apabila berada di kawasan itu.

Ini adalah deskripsi lelaki tersebut:

  • Lelaki Melayu
  • Tidak berapa tinggi
  • Kulit sedikit gelap
  • Pakai cermin mata
  • Sering pakai baju kemeja berkolar

Hati-hati semua. Harap ada pihak berkuasa amek tindakan.

Baca: Kanak-kanak Perempuan 7 Tahun Hampir Diculik Oleh Pelarian Rohingya di Pasar Malam Kuala Kangsar

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.