in

Hati-hati! Ini 5 Kes Pembunuhan Yang Berlaku Di Lembah Klang Tak Sampai Sebulan

collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni bila kita buka media sosial asyik nampak pasal kes pembunuhan je kan? Lepas satu kecoh, tiba-tiba ada berita pembunuhan lain pula keluar.

Bukan tu je, dekat dalam masa sebulan je ada banyak kes pembunuhan yang berlaku di Malaysia tau.


Jadi dekat bawah ni kita akan senaraikan antara kes pembunuhan yang berlaku di Lembah Klang sahaja sejak sebulan lalu. Jom tengok!

Artikel berkaitan: “Sekelip mata dah tak ada” – Ini 5 Kes Kanak-Kanak Yang Hilang Tanpa Kesan Di Malaysia

Artikel berkaitan: “‘Pergi’ Saat Di Puncak” – Ini 7 Kes Pembunuhan Ngeri Melibatkan Penyanyi Terkenal

1. Bunuh tuan rumah gara-gara tak puas hati sewa mahal

WhatsApp Image 2023 12 06 at 11.20.19 AM 600x398 1

Gara-gara tak puas hati kadar sewa rumah yang mahal, seorang wanita warga emas, Hong Kee Ing berusia 70 tahun ditemui maut selepas ditikam dan dikelar di parkir kereta Taman Ehsan Kepong.

Dia dianggarkan telah dibunuh di antara pukul 8.30 malam pada 22 November lalu hingga 9.50 malam 23 November.

Ekoran ini, seorang penyewa Mohamad Amirul Arshad Zainudin yang berusia 22 tahun telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh pemilik rumah sewa ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa wanita warga tempatan berusia 70 tahun ditemui orang awam dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira pukul 10.16 malam.

Mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan ditutup dengan kain selimut.

Sumber: Kosmo

2. Mayat wanita ditemui dalam simen

Baru-baru ini penduduk di Pandamaran, Klang digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita ditemukan disimen di dalam tandas sebuah rumah di sana.

Penyewa sebelum ini telah memberikan alasan kepada tuan rumah bahawa air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu dan menyebabkan bau busuk sebelum mayat wanita ini ditemui oleh pihak bomba.

Siasatan awal mendapati mayat wanita ini dipercayai telah berada di sana dalam tempoh lebih setahun.

Dalam perkembangan baru-baru ini, pihak polis mengesahkan bahawa mangsa yang ditemui itu merupakan wanita warganegara India berusia dalam linkungan 30-an. Dia juga merupakan teman wanita suspek utama kes pembunuhan ini, Mandeep Singh dan pernah menyewa di rumah tersebut bersama.

Ketua Polis Selangor juga berkata, polis kini dalam proses mendapatkan waran tangkap terhadap suspek dan akan meminta kerjasama pihak Kedutaan India untuk mengesan dan menangkap pelaku.

Dengan adanya dapatan siasatan ini, pihak polis menganggap kes ini sudah selesai dan dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.”

Berdasarkan keterangan dari 10 saksi, pihak polis telah menyiapkan lakaran wajah mangsa. Pihak polis juga kini sedang mendapatkan bantuan dari Kedutaan India di Malaysia bagi mendapatkan butiran mangsa dan menghubungi pihak keluarganya.

WhatsApp Image 2023 12 06 at 11.20.19 AM 600x398 2

Sumber: Sinar

3. Pembunuhan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan Cuba Mempertahankan Diri1

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes kehilangan seorang kanak-kanak autistik yang dilaporkan telah hilang ketika bersama dengan ibunya di kawasan tempat tinggal selepas pulang dari sekolah.

Selepas pencarian dibuat selama dua hari oleh pihak berkuasa dan penduduk di sana, mayat Zayn Rayyan telah ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya sebelum kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Terkini, pihak polis kini telah menemui petunjuk yang menjurus kepada kemungkinan hanya seorang pelaku dalam jenayah itu.

Ekoran ini, pihak polis difahamkan kini mempergiatkan pencarian bahan bukti berhampiran Blok R iaitu kediaman mangsa bagi mengumpul lebih banyak maklumat serta bukti berkaitan suspek kes tersebut.

Ini termasuk saringan DNA secara besar-besaran melibatkan penghuni Apartment Idaman, Damansara Damai termasuk saringan terhadap kumpulan pesalah seksual berdaftar melalui Bank Data DNA.

Sumber: Utusan

4. Suami isteri maut dibunuh anak kandung

FW1346183 KL97 10122023 WARGA EMAS lpr

Kehidupan pasangan suami isteri di Kampung Sungai Penchala telah berakhir dengan tragik apabila mereka ditemui maut dibunuh oleh anak lelaki kandung mereka pada 9 Disember lalu.

Pasangan ini ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah selepas ditikam oleh anak lelakinya yang merupakan seorang penagih dadah.

Suspek telah melarikan diri ke hutan berhampiran sebelum dia ditahan di terowong Penchala pada malam yang sama.

Suspek juga turut mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan didapati positif tiga jenis dadah.

Mangsa yang juga bekas imam dan isterinya dikebumikan bersama dalam satu liang lahad manakala suspek akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan

5. Akauntan disyaki dibunuh

Seorang akauntan syarikat swasta ditemui mati disyaki dibunuh di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru.

Ketua Polis Daerah Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.

“Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu.”

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.