in

“Hati dekat M’sia” – 11 Tahun Duduk US, ‘Kumaar Family’ Kongsi 5 Benda Yang Dipelajarinya

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti kenal dengan YouTuber famous ‘Kumaar Family’ kan? Rupanya, sedar tak sedar Logesh dah 11 tahun duduk di Amerika Syarikat bersama isteri dan dua orang anaknya.



Disebabkan ini, dalam video terbarunya Logesh kongsikan semua yang dia belajar selepas berhijrah ke negara orang. Jadi, kalau korang ada perancangan nak bermastautin di luar negara, mungkin perkongsiannya ini boleh beri manfaat.

1. Hati sentiasa dekat Malaysia

Bak kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Macam tu juga dengan Logesh! Menurutnya, bila dia mula nak pindah ke Amerika dia merasakan yang dia dah tak nak toleh ke belakang. Dia dah puas dengan budaya dan cara hidup di Malaysia.

Bukan tu sahaja, Logesh juga turut mengatakan yang dia tak sabar untuk belajar hidup cara orang di Amerika dan makan makanan mereka.

Pun begitu, semakin lama dia tinggal di luar negara, makin kuat semangat cintakan negara dalam dirinya. Dia sedar yang Malaysia adalah darah dagingnya.

Saya lagi rasa macam orang Malaysia bila duduk di luar negara berbanding di Malaysia.”

2. Sentiasa buat perbandingan

Tanya je lah siapa-siapa pun yang duduk dekat Malaysia, mesti benda yang dorang cakap paling best sekali adalah makanan. Mana taknya, macam-macam yang kita nak ada lepastu memang tak sama langsung rasa dengan dekat negara lain.

Jadi, Logesh katakan sesiapa yang tinggalkan Malaysia mesti nak buat perbandingan tak kira lah dari segi makanan, budaya atau pun orang yang duduk di sana.

Ada benda yang lagi bagus ada yang lagi teruk tapi kena bersedia untuk terima perkara baru dan bersikap lebih terbuka dengan perubahan.”

3. Kena buat pengorbanan besar

Tak semua orang diberikan peluang untuk berhijrah ke tempat orang. Mana taknya, korang perlu banyak berkorban.

Saya tak dapat tinggal dekat dengan keluarga, gaya hidup dan budaya yang saya suka. Saya tak ada akses untuk dapatkan penjagaan kesihatan yang mampu milik.

“Kadang-kadang saya rasa nak balik je rumah. Tapi saya tak boleh sebab saya dah bina kehidupan di sini.”

4. Diskriminasi

Logesh turut kongsikan, walaupun dia pernah didiskriminasi di Malaysia, perkara ini juga turut berlaku ke atas dirinya di Amerika di mana dia pernah didiskriminasikan oleh polis dan orang-orang di sana.

Diskriminasi berlaku dekat mana-mana je dan malangnya kita hanya perlu hadapinya.”

5. Kena jadi lebih matang

Setiap orang kena menjadi lebih matang apabila usia semakin meningkat. Namun, tinggal di tempat orang telah mendorong Logesh untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan buat semua benda sendiri.

Mana tidaknya, kalau kita duduk dekat negara sendiri, sekurang-kurangnya adalah keluarga dan kawan-kawan yang boleh membantu tapi bila sendiri di tempat orang, kita kena jadi lebih kuat.

Gaya hidup di Malaysia lebih senang malah makanan pun lagi senang nak dapat dan harga berpatutan.”

Di akhir videonya, Logesh turut kongsikan jawapan yang sering ditanya oleh peminat-peminatnya, “adakah kami akan pulang ke Malaysia?”

Menurut Logesh, dia 100% yakin yang dia akan kembali ke Malaysia tapi belum tahu lagi bila sebab banyak perkara yang dorang nak kena fikir dan buat lebih-lebih lagi ia merupakan perubahan yang besar kepada anak-anaknya.

Kami memang merancang untuk pulang ke Malaysia. Kami buat keputusan ini untuk keluarga kami dan apa yang kami boleh sumbangkan untuk Malaysia.”

 

Baca: YouTuber Jepun Sambut Ramadan Di Hong Kong, Agih Nasi Lemak Buatan Sendiri

Screenshot 2022 06 29 At 3.22.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.