Sebagai owner kepada rumah yang ingin disewakan sudah semestinya mengharapkan dapat penyewa yang mampu jaga rumah sebaiknya dan boleh bayar ‘on time’ seperti yang dijanjikan.
Dan sebagai penyewa dah sepatutnya jadi tanggungjawab kita untuk menjaga rumah yang disewa itu seperti rumah sendiri, jaga barang rumah baik-baik dan pastikan rumah sentiasa bersih.
Namun berbeza dengan situasi yang dihadapi kakak kepada Mohd Faez Sobahi apabila berdepan dengan pasangan suami isteri yang ‘kejam’ selepas melarikan diri tanpa membayar sewa rumah, selain merosakkan harta benda di dalam rumah kakaknya itu.
“Now 2nd month mintak duit sewa keluar mcm to ja block my sister punya number dan musnahkan harta benda rumah my sis..”
Kata Faez lagi akibat daripada kejadian tersebut, kakaknya terpaksa menanggung kerugian hampir RM2,000 bagi kos seperti perabot, dinding dan pintu yang rosak.
Lokasi rumah kakak area Lumut, perak. Hampir 2k kos kerugian perabot2, dinding pintu semua.rosak.. kena baik pulih dulu.baru boleh cari penyewa baru… haissss.nasib2…”
Ini antara kerosakan yang dialami oleh kakak Faez
Rata-rata netizen memang bengang dengan pasangan suami isteri tersebut. Malah ramai juga yang berkongsi pengalaman serupa, terpaksa berhadapan penyewa yang tak bertanggungjawab.
“Biasanya yang tak nak bayar deposit ni memang bermasalah sedari awal”
“Spesis macam ni lah akan menyusahkan orang lain lepas ni bila nak menyewa”
Ada juga manusia macam ni yer, owner dah baik penyewa pulak buat hal