in

“Harap boleh hentikan isu ini” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Ustaz Wadi

janna nick mohon maaf 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal bulan lalu, pelakon serta pengacara terkenal, Janna Nick selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon Dini Schatzmann.

Walaupun, majlis itu berlangsung dengan lancar namun terdapat sebuah kontroversi yang berlaku di mana dia dikritik kerana menjemput pendakwah bebas Ustaz Wadi Anuar dalam majlis resepsi ala barat.


Terbaru, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberitahu dia telah pun meminta maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi berhubung kontroversi tersebut, dia turut mengakui segalanya berpunca daripada kealpaannya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam laporan HLive, Janna memberitahu dia berharap orang ramai berhenti untuk memanjangkan lagi kontroversi ini memandangkan Ustaz Wadi juga telah membuat penjelasan dari pihaknya.

“Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi.

Ustaz Wadi pun sudah buat penjelasan daripada pihak dia, saya juga tidak mahu panjangkan isu ini.

Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia. Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua.

Kalau mahu bandingkan nama saya dengan beliau sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” katanya.

Pelakon filem Juang itu turut berkata, dia sama sekali tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub akan menimbulkan kontroversi.

“Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya,” tambahnya lagi.

Dah korang jangan bash-bash lagi k?

Baca: “Bila sampai baru saya tahu” –  Ustaz Wadi Annuar Jawab Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

Ustaz Wadi Hadir Majlis Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.