in

Hanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pusaka Musnah Akibat Banjir

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam waktu kita berada dalam fasa kesusahan di mana bencana banjir menimpa di serata tempat, pasti ramai yang terkesan. Ada yang kehilangan kereta, ada yang kehilangan rumah, ada juga yang kehilangan orang yang tersayang.

Kehilangan ini jugalah yang dirasai oleh Rodiah Mahfuz, 56, apabila dimaklumkan rumah pusaka ibu bapanya yang terletak di Kampung Jawa, Hulu Langat musnah dinaiki air akibat hujan lebat yang tidak berhenti baru-baru ini.


Lebih memilukan, yang dilihat kekal teguh pada rumah tersebut hanyalah sebuah tangga batu di depan rumah tersebut.

Page Copy

Menurut Rodiah, rumah itu didiami kakak sulungnya, Rohana Mahfuz, 75, yang memberitahu paras air sudah mula naik di kediaman itu kira-kira jam 12 malam. Dia juga difahamkan bahawa orang kampung menasihati kakaknya itu agar mengosongkan rumah dan berteduh di rumah ahli keluarga lain.

Rodiah turut menyatakan tersebut didiami oleh kakak sulungnya seorang diri kerana ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.

Nasib baik tengah malam tadi kakak sempat keluar menggunakan kereta ke rumah saudara dekat kawasan berkenaan. Namun, dokumen seperti kad pengenalan, perabot dan barangan lain tidak sempat diselamatkan kerana keadaan banjir yang sudah teruk”

Tambah Rodiah lagi, dia menerima maklumat bahawa rumah itu hanyut dari ahli keluarganya yang lain pada jam 10 pagi semalam. Dia kemudiannya meminta saudara di Kawasan berhampiran meninjau rumah tersebut yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia telah musnah dan hanya tinggal tangga.

Menurutnya, rumah tersebut pernah mengalami kerosakan teruk akibat banjir 30 tahun lepas, namun ia tidak pernah lagi musnah hingga tahap ia mampu hanyut.

Kali ini rumah tinggal tangga sahaja. Nasib baik ada penduduk yang sentiasa mengambil berat keadaan jiran masing-masing bagi membolehkan kakak sulung keluar rumah sebelum ia dihanyutkan.” – Rodiah Mahfuz

Walaupun rumah itu musnah, mujur orang di dalamnya selamat. Untuk mereka yang terkesan dengan bencana ni, Min harap korang semua kekal kuat, okay?

Sumber: Berita Harian dan Metro

Baca: Dakwa Banjir Berlaku Kerana Banyak Maksiat Di Selangor, Kenyataan Gadis Ini Undang Kemarahan Ramai

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.