in

Hanya Mampu Berpelukan Ketika Rumah Tiba-tiba Bergoyang – Mangsa Terselamat Kejadian Tanah Runtuh

tanah runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Kopungit, Kepayan, Kota Kinabalu malam tadi mencetuskan detik cemas buat dua beranak.

Mangsa, Molly Antutu bersama anaknya, Syamimi, 14, menceritakan saat mencemaskan ketika rumah mereka musnah akibat tanah runtuh.


Menurut Astro AWANI, ketika kejadian, ibu dan anak itu hanya mampu berpelukan apabila rumah mereka tiba-tiba bergoyang.

Selepas itu, kediaman mereka itu kemudiannya telah menggelongsor ke bawah akibat pergerakan tanah sebelum ia musnah sepenuhnya.

tanah runtuh

Artikel berkaitan: Datuk Yusof Haslam Sudah Jangka Tanah Runtuh Bakal Berlaku, Sanggup Keluar Duit Poket Pasang Tembok Penahan

Artikel berkaitan: Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’

Molly yang terselamat dari kejadian itu bersama anaknya ketika kejadian sempat mengatakan kepada anaknya, ‘Biarlah kita mati bersama sambil berpelukan’.

kejadian tanah runtuh

Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa tersebut selamat dan kini berada di dewan kampung mereka yang menjadi lokasi penempatan sementara.

Difahamkan, mereka berjaya menyelamatkan diri apabila kepingan zink rumah menolak mereka keluar sekali gus mereka berjaya merangkak untuk menyelamatkan diri.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.