Ramai di antara kita di Malaysia ini mungkin mengeluh, sudah berminggu-minggu kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes COVID 19 kian meningkat dan hampir mencecah angka 6,000 kes sehari.
Namun lain pula dengan negara Australia kerana baru-baru ini, Perth yang terletak di Australia Barat baru saja mencatatkan satu kes COVID 19, namun negara tersebut mengambil langkah pantas dengan ‘lockdown’ seluruh bandar itu selama 5 hari, lapor New York Times.
Individu yang disahkan positif COVID 19 tersebut merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin.
Menurut laporan, negeri di Australia Barat ini sebenarnya dah 10 bulan bebas wabak berkenaan dan ini adalah kes pertama selepas tempoh tersebut. Wah…
Seperti PKP di sini, dua juta rakyat di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya juga dilarang untuk keluar dari rumah selain daripada membeli barang keperluan harian di supermarket, bersenam ataupun mendapatkan rawatan kesihatan.

Kedai makan, gym dan bars juga akan ditutup dan mereka juga akan mewajibkan pemakaian mask di tempat awam. Dulu orang Aussie tak payah pakai mask dah sebab kes mereka rendah.
Kebanyakan mereka yang di Barat Australia pasti akan merasa terkejut dengan perkara ini, tapi kita tak mungkin dapat lupa bagaimana cepat virus ini merebak dan keburukan yang ia mampu lakukan,” kata pemerintah Australia Barat, Mark McGowan.
Dalam pada itu, walaupun tindakan Australia dilihat agak ekstrem namun rata-rata netizen berpendapat ia adalah langkah terbaik untuk melindungi rakyat.
1 case of Covid in Perth, Western Australia today. The first for 10 months. The response? Full lockdown for 5 days including mandatory facemasks. This is how you protect the people. Makes a mockery of UK PM saying "We did everything we could"
— Prof Shafi Ahmed PhD FRCS (@ShafiAhmed5) January 31, 2021
Malaysia agaknya sambung PKP ke tak ye? Admin pun tertanya-tanya…