Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul itu adalah lumrah dalam kehidupan yang perlu dihadapi kita sebagai manusia di muka bumi ini.
Begitu juga yang terjadi kepada ibu-ibu pesakit EB ini, Shuhada Bakar dan Norazilawani Nor yang cukup tabah menghadapi segala ketentuan illahi dalam membesarkan anak mereka tidak sesihat anak-anak kecil yang lain.
Satu page di facebook iaitu Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel berkongsikan kisah mereka yang penuh berliku dalam memastikan anak-anak mendapat rawatan yang terbaik supaya boleh bermain dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Dah buntu dan tak tau nak cakap apa lagi. Hanya doa dan airmata yg mampu kami buat setakat ini
Assalamualaikum….
Sahabat… saya sebagai seorang ibu… ibu pada anak2 EB…. merayu pada semua sahabat. Untuk bantu anak2 EB saya ni… saya dan ibubapa anak2 EB seramai 19orang yg ada pada saya ni… dah buntu dan tak tau nak cakap apa lagi. Hanya doa dan airmata yg mampu kami buat setakat ini…
Kami tak mintak mainan…baju baru…maknan yg mewah… kami nak #BARANG #DRESSING… yg sangat2 susah untuk kami dapatkan…
“Apa susah… mintak kat hospital…” cukup mudah untuk ucapkn…. cuba mintakkan bagi pihak kami.
“Kan ada jual kat Farmasi…” cukup mudah untuk menyuarakan… cuba carikan Farmasi mana yg ada sentiasa ada stock untuk anak2 kami pakai.
Anak2 EB yg ada pada fitri kebanyakknnya bawah 6tahun… yg tgh nakal…yg ingin mencuba apa yg anak2 lain cuba… Tapi mereka lain… kulit mereka seperti agar2 yg tersentuh atau jatuh….akan terluka… terkoyak. Itu belum kos barang dressing…. untuk 1bulan…
Kalau nak tau keadaan mereka…cara kehidupan mereka….dekatilah mereka… selamilah hidup mereka. Anda akan tau… pahit perit hidup mereka….???“
#Maaf ya… diatas kesulitan. Fb parent anak EB yg dalam gambar ini adalah Shuhada Bakar (ibu adik Aina) dan Norazilawani Nor ( Ibu adik faris)
Diharap yang mana mampu untuk membantu, boleh pergi ke facebook ibu-ibu diatas dan menghulurkan bantuan yang bersesuaian. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Semoga dengan bantuan kita, mereka boleh hidup gembira dan bahagia.