“Kalau sakit tak payah tahan, pergilah… Ibu redha…” – Hanya Berstatus Ibu Selama 1 Hari, Kisah Pilu Bayi Hidap Potter Syndrome

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hati ibu mana yang tak sedih bila anak yang baru sahaja lahir disahkan ada penyakit yang membuatkan si kecil tu tak dapat hidup lama. Tapi, admin yakin ibu bernama Nurul Nadia ini kuat orangnya dan redha dengan takdir.

Melalui satu posting di Facebook, Nurul ada berkongsi tentang kisah anak kecilnya, Nurul Maryam yang dilahirkan pada 2 Disember lalu, namun tidak dapat bertahan kerana menghidap satu penyakit yang jarang kita dengar.

Ini coretan kisah mereka

 

Pukul 2.17 pagi – Nurul Maryam dilahirkan secara normal di Hospital Besar Melaka.

Pukul 4 pagi – Doktor datang berjumpa Nurul dan suami untuk maklumkan keadaan anak mereka.

“Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter Syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dalam 30,000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.”

Pukul 7 pagi – Doktor datang lagi beritahu Maryam beri respon positif lepas diberi bantuan oksigen

“Alhamdulillah…Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.”

Pukul 11.30 pagi – Nurul bertemu dengan anaknya namun dimaklumkan yang Maryam tak dapat bertahan lama sebab paru-parunya dah bocor. Alahai, sedihnya…

Pukul 12.30 tengah hari – Nurul dan Maryam mula dikunjungi oleh keluarga dan saudara mara terdekat.

“Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.”

“Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam, ibu taknak Maryam sakit…”

 

Pukul 5 petang – Nurul memaklumkan orang ramai tak henti-henti melawat Maryam sambil memuji

“Maryam cantik…..”

“Maryam kuat…”

Doktor buat scan lagi pada Maryam bagi mengetahui masalah yang dihidapi anak kecil terbabit.

“result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit.”

Pukul 8 malam – Nurul diserang demam menggigil sebab tak rehat selepas dia melahirkan Maryam, hatinya cukup kuat untuk bersama Maryam namun keadaan dirinya pada waktu itu tidak mengizinkan dia untuk berbuat demikian.

“Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.”

Awal pagi 3 Disember, nurse panggil nak jumpa.

 

Pukul 1.17 pagi – Nurul terjaga dari tidur, terdetik di hatinya bagaimanalah keadaan Maryam, lantas dia berkata “Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha…”

Tak lama kemudian, nurse datang jumpa Nurul dan memaklumkan yang nicu nak jumpa.

“Then i know Maryam dengar ape ibu ckp kan…”

Heartbeat Maryam drop…

 

Nurul pun pergi berjumpa NICU, bila dia sampai heartbeat Maryam dah drop smpai 44Ya allah, kau kuatkanlah hati Nurul dan suaminya.

“Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu..”

Waktu itu Nurul dapat memeluk kali pertama anaknya dalam keadaan wayar yang penuh dan berat. Selepas suaminya tiba, heartbeat Maryam kembali stabil, dalam hati dia berkata…..

“Manja dgn ayah ni…”

Sumber : Facebook

Nurul memberikan Maryam kepada suaminya kerana tangan dia sudah lenguh….yelaaa mungkin sebab tak cukup rehat lepas bersalin

“Puan, anak dah takde puan…”

 

Pukul 3.35 pagi – Nurul dikejutkan dan dimaklumkan yang anak kecilnya dah tiada, luluh hatinya pada waktu itu…..

Terima kasih Maryam untuk 24 jam yang ada.”

Netizen yang membaca posting Facebook tu masing-masing turut berasa pilu dan bersimpati dengan nasib Nurul dan suaminya. Rata-ratanya tak lupa untuk ucap takziah dan mendoakan yang baik untuk Nurul dan anak syurga, Maryam.

Sedihnya, admin doakan yang terbaik untuk Puan Nurul dan suami. Salam takziah dan semoga terus kuat dengan ujian Allah ni… Al Fatihah buat baby Maryam.

Baca: Ibu Bayi Baru Lahir Mati Sebab Doktor Lakukan Pembedahan Ceasar Dalam Keadaan Mabuk

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!