in

Hanya Ada 13 ‘Seat’, Panggung Di Kanada Diiktiraf Wayang Paling Kecil Dalam Dunia

Little Prince Micro Cinema

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang biasa tengok wayang, bilangan tempat duduk dalam sesebuah hall berbeza bergantung kepada saiz. Kalau hall dia kecik, memang tak ramailah orang yang boleh dipenuhkan kat dalam. Ada juga hall wayang yang menggunakan kerusi lain daripada biasa contohnya hall beanie yang menggunakan bean bag sebagai seat.

Bercakap pasal tempat duduk di panggung wayang, korang tahu tak ada sebuah pawagam di dunia ini yang hanya mempunyai 13 tempat duduk je. Habislah kalau dia buat tayangan filem Marvel kat situ, confirm berebut!


eec9b7 eb076b11d91a49d9a61ca25936ea1079 mv2 e1646457187184

Little Prince Micro-Cinema telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai panggung wayang paling kecil yang masih beroperasi di dunia. Terletak di Stratford, Ontario, Kanada, panggung wayang yang dihias mengikut gaya teater kecil era Ratu Victoria ini dibuka pada Oktober 2021.

Menurut portal Kosmo!, Leigh Cooney iaitu pemilik dan pengendali pawagam berkata, tapak Little Prince Micro-Cinema dahulunya adalah galeri dan kedai cenderamata bernama Meet Your Maker. Pada awalnya, pawagam mikro itu hanya dilengkapi skrin dan kerusi lipat.

at just twelve seats e1646457208201

Untuk info, Little Prince Micro-Cinema secara rasminya dianugerahkan Guinness World Record bagi kategori panggung wayang paling kecil pada 27 November 2021 selepas disahkan mempunyai luas sekitar 16.29 meter persegi.

Sumber: Global News

Baca: “Dua dalam satu”- Gadis Capai Impian Nak Ada Bilik Wayang, Siap Boleh Solat Tarawikh Dalam Bilik Itu

cats 108 e1646455941702

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.