in

“Handsome2 nak ke mana” – Tersinggung Dipuji Kacak, Lelaki Indonesia Bunuh Rakan Serumah

COVER 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Handsome handsome nak pergi mana?”

Mesti anda pernah terima pertanyaan ini, ataupun bertanyakan soalan ini kepada rakan. Soalan ini kebiasaannya ditanya dalam keadaan bergurau apabila melihat rakan yang tiba-tiba sahaja berpakaian kemas.

Di Indonesia, seorang lelaki dilaporkan telah menikam rakan serumahnya sehingga mati di Siak, Riau. Kejadian ini terjadi selepas dia dipanggil ‘ganteng’ oleh rakannya. Untuk rekod, ganteng bermaksud kacak dalam bahasa Melayu.


1 18

“Tumben, kok ganteng kali, mau ke mana”

Menurut AKBP Gunar Rahadyanto, suspek berusia 45 tahun yang namanya bermula dengan huruf KS itu berasa berang dengan mangsa (Susiato) yang memuji dirinya kacak. Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek tersinggung dengan pujian mangsa.

Selepas sahaja memuji KS, Susiato dan rakannya Soni Syah Dalimunthe berangkat untuk pergi ke kerja di Desa Maredan Kecamatan Tualang, Siak. Tanpa mereka sedar, KS sedang mengikuti mereka dari belakang dengan menggunakan motosikal.

knife crime

Setibanya di tempat kejadian, KS terus menikam Susiato sebanyak dua kali. Soni yang berada di tempat kejadian turut ditikam sekali, namun berjaya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai.

KS cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh pihak polis dengan bantuan maklumat orang awam.

 

Sumber: Kompas

 

BACADoktor di Indonesia Meninggal Sehari Selepas Suntik Vaksin Covid-19, Rakyat Rasa ‘Cuak’ Tapi Rupanya Sebab...

Capture 12

Sumber: Riauterkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.