in

Doktor di Indonesia Meninggal Sehari Selepas Suntik Vaksin Covid-19, Rakyat Rasa ‘Cuak’ Tapi Rupanya Sebab…

Ft Vaksinmaut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita seorang doktor meninggal dunia hanya sehari selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 menggemparkan Indonesia. Perkongsian rakan arwah di Facebook turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang rasa risau selepas mendapat tahu perkhabaran tersebut.

Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.


Vaksin5

Difahamkan, arwah telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada kematian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”

https://www.facebook.com/Prof.Yuwono/posts/2907273506196636

 

Meninggal dunia sebab…

Susulan kekecohan dan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ia susulan keadaan arwah ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dimatikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka arwah juga sudah membiru.

Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”

Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Vaksin1

 

Ada sejarah rawatan sakit jantung

Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati arwah parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.

Hasil bedah siasat juga menemukan bintik pendarahan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Arwah meninggal kerana kekurangan oksigen di tubuh, berkemungkinan arwah meninggal kerana serangan jantung.”

Tiga bulan sebelum, arwah ada mengalami sakit di dada dan pergi mendapatkan rawatan daripada doktor sakit jantung di Palembang.”

Vaksin4

Baca: “Saya minta maaf” – Raffi Ahmad Dikecam Teruk, Pergi Berparti Hari Yang Sama Lepas Divaksin Bersama Presiden Jokowi

Ft Raffiahmad

Sumber: Kumparan
Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.