Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi, 29 didakwa sudah menceraikan isterinya , Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 talak satu dengan bersaksikan keluarga.
Malah, Harian Metro, melaporkan bahawa, isterinya dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini dimana ia adalah tarikh kelahiran Shuhada.
Beberapa hari lalu, pelakon Melastik Ke Hatimu ada memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan dia sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya, ia seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.
Dalam pada itu, Hafidz juga ada meminta orang ramai agar mendoakan kebahagiaan rumah tangganya. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kami, dilihat gambar tersebut telahpun dipadamkan.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Namun begitu, seorang wanita yang dikenali sebagai Athira tampil membuat pengakuan bahawa Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak 9 tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengaku kesilapan dan memohon maaf kepada Shuhada kerana telah menjadi orang ketiga.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Baca : Janji Tidak Akan Hubungi Hafidz Roshdi Lagi, Athira Yuhada Tampil Mohon Maaf