in

Gwangju Uprising 1980: Tragedi Paling Sadis Dalam Sejarah Korea Selatan, Ini Kisahnya…

Untitled Design 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut mengenai negara Korea Selatan je, korang mesti akan terbayang wajah-wajah tampan, menawan artis K-pop favourite korang seperti BTS, Blackpink dan Seventeen. Tak pun, korang akan terngiang-ngiang dengan drama dan filem dari negara itu yang mengusik perasan dan jiwa korang.

Memang dah jelas, negara itu terkenal dengan industri hiburan mereka yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Namun, tahukah korang yang Korea Selatan ni dulu pernah ada sejarah hitam yang mengorbankan banyak rakyatnya! Kalau nak tahu kisahnya, korang kena baca artikel ni sampai habis.


Pemerintahan tentera  

Chunnnnnnnnnn

Pada era 1980-an, Korea Selatan telah mengalami kekosongan kuasa dalam pemerintahan selepas presiden ketiga negara itu dibunuh. Untuk mengisi kekosongan itu, Jeneral Chun Doo-Hwan telah dilantik dan diberi kuasa penuh ketenteraan Korea Selatan ketika itu.

Bila dah dapat je kuasa tu, dia mengampu presiden keempat Republik Korea, Choi Kyu-Hah untuk memberikan dia jawatan Ketua Agensi Perisikan Pusat Korea pada April 1980. Disebabkan lantikan ini, Chun Doo-Hwan telah mengisytiharkan undang-undang tentera di mana setiap peraturan dan hukuman yang dijalankan adalah sama rata kepada setiap rakyatnya.

Disebabkan pemerintahan tentera ni, rakyat Korea terpaksa hidup di bawah pemerintahan seorang diktator yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat apa-apa keputusan dan kawalan mutlak ke atas orang bahawannya. Bahaya, korang kalau macam ni!

Artikel berkaitan: Tragedi Pembunuhan Beramai-Ramai di Sudan: Lebih 500 Terbunuh & 70 Dirogol, Ini Yang Kami Tahu Setakat Ini!

Sebab penentangan rakyat 

Apabila undang-undang tentera ni diperkenalkan, rakyat Korea Selatan membantah sekerasnya kerana dianggap tidak adil untuk rakyat biasa. Sebabnya, banyak kebebasan yang telah disekat oleh Jeneral Chun Doo-Hwan ini termasuklah hak asasi manusia dan kebebasan untuk bersuara.

Hal ini telah membebankan rakyat kerana pemerintahan negara yang tak stabil dan ketidakadilan dalam kehidupan masyarakat Korea Selatan. Disebabkan itu, mereka semua cuba untuk menentang sistem pemerintahan berbentuk autoritarian ini.

Gwangju Uprising 1980

Gwangju Uprising 2

Peristiwa ini berlaku pada 18 Mei hingga 27 Mei 1980 di mana seramai 200,000 rakyat Korea Selatan telah berkumpul di bandar Gwangju untuk tunjuk perasaan dan membuat rusuhan kepada kerajaan. Sebabnya, adalah untuk memaksa kerajaan tukar sistem pemerintahan sedia ada kepada sistem pemerintahan bercorak demokrasi.

Artikel berkaitan:Pipi arwah digosok berus besi” – Keluarga Buka Cerita Anggota Tentera Didakwa Bunuh Diri Lari Dari Kem, Tak Tahan Kena ‘Ragging’

Asbab ini, Jeneral Chun Doo-Hwan berasa tergugat dengan kebangkitan rakyat lalu mengerahkan pasukan tentera seramai 26,000 orang daripada pelbagai unit untuk meredakan situasi tegang itu. Bukan tu je, dia juga menghantar askar payung terjun elit daripada Special Forces untuk sama-sama membantu tentera Korea Selatan.

Dengan berpakaian lengkap bersama senjata api dan bayonet, tentera Korea cuba meleraikan rusuhan itu dengan menembak, memukul, menyeksa serta menikam penunjuk perasaan yang ada di situ. Apa yang lagi teruknya, mereka menceroboh masuk tempat-tempat awam seperti hospital dan kedai gunting rambut lalu membunuh sesiapa sahaja yang melawan.

Disebabkan kekurangan senjata, rakyat Korea telah mencuri pelbagai senjata api daripada balai polis dan gudang-gudang senjata bagi melawan tentera Korea itu.

Ahn

Pada masa yang sama, pihak polis telah bertindak sebagai pengaman dan dilarang sama sekali untuk melepaskan tembakan bagi mengelakkan jumlah kematian daripada meningkat. Walau bagaimanapun, Ketua Polis Korea, Ahn Byung-Ha yang memberi arahan itu telah dipenjara dan diseksa kerana melanggar kemahuan Jeneral Chun Do-Hwan.

Setelah digantikan dengan ketua polis yang baru, seramai 18,000 anggota polis diarahkan untuk menunjukkan tingkah laku yang sama seperti tentera. Namun begitu, rakyat Korea tidak berasa goyah kerana bilangan yang menentang semakin ramai dari hari ke hari.

Disebabkan semangat rakyat yang kuat dalam perjuangan ini, pihak tentera terpaksa mengalah dan berundur daripada bandar Gwangju. Akhirnya, pada awal bulan Jun 1980, rusuhan rakyat telah pun tamat dan kerajaan Korea Selatan telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya bagi melantik presiden Korea yang baru.

Mengikut rekod, dianggarkan sebanyak 1,800 hingga 3,500 masyarakat awam telah meninggal dunia. Ada juga laporan yang mendakwa beberapa rakyat Korea Selatan yang tidak bersalah telah ditahan, diseksa malah diperkosa semasa dalam tahanan tentera.

Sumber: YouTube

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.