in

Guru Yang Tak Vaksin Diasingkan, Tak Boleh Mengajar – Menteri Kanan Pendidikan

Ft Menteri Pendidikan Larang Guru Tak Vaksin Mengajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana guru yang enggan untuk divaksin tanpa sebarang alasan kesihatan bakal diasingkan di kawasan khas di sekolah nanti.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata mereka akan ditempatkan di satu kawasan daripada guru-guru lain yang sudah divaksin serta murid.

 

Diasingkan dan bakal dikenakan tindakan

Katanya menerusi Berita Harian lagi, Kementerian Pedidikan (KPM) kini sedang meneliti tindakan susulan yang akan dikenakan ke atas guru-guru terbabit.

Tamba beliau lagi, bagaimanapun masih belum memuktamadkan sebarang jenis tindakan terhadap guru terbabit.

“Menerusi rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan. Angka ini selepas kita tolak jumlah guru yang belum boleh divaksin atas alasan kesihatan.

“Secara umumnya, mereka (guru enggan divaksin tanpa alasan kesihatan) juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian.

Sebelum ini, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat awal Oktober ini.

Biarpun ada pihak anggap bahawa pembukaan pada waktu tersebut tidak wajar, beliau tegaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian lanjut selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lapor Astro Awani.

 

Baca : Guru KAFA Mungkin Tak Dibenar Teruskan Tugas Jika Masih Degil Enggan Ambil Vaksin – Sultan Selangor

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.