in

Guru Didakwa T*mpar & T*mbuk Pipi Murid Umur 10 Tahun Sampai Lebam

ft murid ditampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru telah bertindak menampar dan menumbuk seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga penghuni sebuah pusat jagaan di Johor Bahru sehingga mengalami lebam di wajah.

Perkara itu dilaporkan oleh pengurus operasi pusat jagaan tersebut, katanya, dia dimaklumkan oleh murid tersebut kira-kira jam 1.30 petang semalam.


Artikel berkaitan : “Kau cium mulut dia apahal?” – Bapa Serang Guru Tahfiz Cium Mulut, Paksa Mengurut Badan Dan Pukul Murid Sehingga Lebam-lebam

Artikel berkaitan : Patah Tulang Pinggul Gara-gara Kerusi Ditarik Rakan, Keluarga Terkilan Guru Anggap Kejadian Timpa Murid Sebagai Takdir

Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru. Menurutnya, mangsa ditampar dan ditumbuk di pipi sebelah kanan oleh seorang guru lelaki disebabkan berlaku perselisihan faham dengan murid lain di makmal komputer.

“Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian pipi sebelah kanan. Saya berasakan tidak wajar bagi seorang guru bertindak demikian terhadap murid sekolah.”

Jelasnya, pengurus berkenaan telah membaut laporan polis di Balai Polis Larkin semalam dan menerusi Buletin TV3 ada seorag wakil pusat jagaan mempersoalkan tindakan guru berkenaan di media sosial.

Screenshot 2024 12 06 155009

“Boleh ke cikgu lelaki sekolah sepak wajah budak? Selepas itu apabila budak jatuh menangis dia ditumbuk pula. Selepas itu direntap rambut dan mangsa diseret sampai ke pejabat.”

“Sebab dia tiada ibu bapa, cikgu berkenaan berani berbuat begitu atau disebabkan dia tinggal di rumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang? Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak.”

Jelas beliau lagi, seandainya kanak-kanak berkenaan nakal, guru seharusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Mahu rotan dipersilakan, namun ikut SOP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bukan belasah budak ikut nafsu sampai wajahnya terdapat kesan hitam biru.”

Bagimanapun, pihaknya akan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sementara itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa mereka ada menerima laporan berhubung  isu ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Khamis, di makmal komputer sebuah sekolah di Jalan Abdul Rahman Andak.

469346766 563044343140728 4021412080845511455 n

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun berhubung kejadian seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun telah dipukul oleh seorang guru. Akibatnya, pelajar tersebut mengalami lebam dan sakit di bahagian pipi kanan.”

“Siasatan akan dijalankan setelah permohonan perintah untuk menyiasat (OTI) diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya.”

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga satu tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Exco Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan isu berkenaan dan katanya ia dalam perbincangan antara sekolah terbabit dan pusat jagaan yang dihuni murid itu.

Sumber : Buletin TV3, Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.