Gunung Berapi Semeru yang terletak di Daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur meletus pada Sabtu, sekitar pukul 3.20 petang waktu Indonesia barat.
Setakat petang semalam, gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa itu masih mengeluarkan debu asap tebal dan debu panas sehingga menyebabkan penduduk setempat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Menurut laporan, beberapa kawasan lereng gunung seperti di daerah Pronojiwo dan Candipuro diselaputi hujan abu, kesan daripada letusan gunung berapi ini.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penduduk yang tinggal berdekatan telah diminta meninggalkan rumah masing-masing,” kata Ketua Kampung Sumbermujur, Syafii.
Menurut sumber, jumlah penduduk yang cedera setakat petang semalam adalah seramai 40 orang, manakala seorang dilaporkan maut.
[Dunia] Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus https://t.co/I6xpKEabyd
📹 Ihsan orang awam pic.twitter.com/TLO8K9WqFR
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 4, 2021
Usaha menyelamat yang dilakukan oleh penduduk tempatan terganggu ekoran oleh asap yang tebal, bekalan elektrik terputus dan hujan semasa letusan berlaku.
Untuk rekod, kali terakhir gunung berketinggian 3,676 ini meletus adalah pada 27 Ogos lalu.
Kredit: Kosmo, Astro Awani
BACA: Gunung Berapi Tertinggi Di Pulau Jawa Meletus, Keluarkan Asap Setinggi 4.5 Kilometer