in

Guna Nama ‘Aminah Mahmood’, Juri Acara Pertandingan Hidangan Acar Buah Terkejut Juara Rupanya Ialah Tengku Ampuan Pahang

acar buah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa Tengku Ampuan Pahang iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya gemar memasak dan berkongsi resepi.

Juri sebuah pertandingan masakan di Pahang baru-baru ini terkejut apabila pemenang Pertandingan Masakan Acar Buah yang dianjurkan Kanival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang merupakan Tunku Azizah.


14 1

Menurut perkongsian di Facebook Kesultanan Pahang, juri pertandingan hidangan acar buah itu tidak menyangka bahawa salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya itu merupakan air tangan Tengku Ampuan Pahang kerana baginda telah menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’.

12

Ini kerana peserta-peserta pertandingan hidangan itu diberi syarat yang sama iaitu menyediakan hidangan acar buah yang siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.

13

Artikel berkaitan: “Selalu sporting” – Ini 5 Momen Menarik YDPA & Permaisuri Agong Sepanjang 5 Tahun Memimpin Negara

Artikel berkaitan: “Muka macam kenal je” – Telatah YDPA & Raja Permaisuri Agong Baca Berita Buat Netizen Terhibur

Juri pertandingan tersebut ialah Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74 tahun iaitu bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

15 1

Beliau mempunyai pengalaman 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.

Menurut beliau, pasukan juri termasuklah beliau memilih acar buah Aminah Mahmoof kerana ia bukan sahaja enak malah mempunyai kombinasi buah-buahan dan rempah ratus yang sempurna dan tidak berminyak.

Kuahnya pula bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus yang lengkap dengan semua bahan.

Beliau selaku juri terkesima apabila mengetahui peserta yang memenangi tempat pertama pertandingan itu ialah sebenarnya Tengku Ampuan Pahang.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.